"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

14 November 2010

Majlis anak hingga oneng²

Pada 5 hingga 7 November 2010 yang lepas telah diadakan majlis Hari Keluarga Haji Omar bin Mardan @ Bardan bertempat kat Kompleks Usahawan Hening Cipta, Kayu Ara Pasong, Pontian, Johor.

Majlis nih telah berjaya mengumpal seramai lebih kurang 225 orang dari anak hingga ke oneng² Tok Omar. Tok Omar nih moyang saya makanya saya di bawah kategori cicit lah kan. Kalo saya ada anak kira anak saya tuh piut lah kan. Kalau anak saya ada anak maka anak kepada anak saya tuh kategori oneng² lah kan dan begitu lah seterusnya.

Majlis nih sebenonya edisi kedua selepas majlis tahun 2008 dolu. Tiada muka saya di dalam gambo di atas so tak payah susah payah mencari. Saya datang sehari lewat so mereka tak tunggu saya untuk bergambo. Okay saya memang kecik ati!

Ini keluarga Tok Siman iaitu ayah kepada emak saya. Pun wajah saya tiada di dalam gambo. Okay saya dah kecik ati lagik skalik!

Sepatutnya saya kena letak jugak gambo keluarga ayah saya tapi tak jumpa plak. Salah sorang lagi anak Tok Omar iaitu Tok Aripen adalah merupakan ayah kepada ayah saya. Tok Siman merupakan anak Tok Omar. Tok Aripen merupakan anak Tok Omar. Tok Omar merupakan ayah kepada Tok Siman dan Tok Aripen. Pening? Hmmm...

Pagi hari terakhir. Bila duduk sebarisan dengan sepupu sepapat memuda tuh memang saya terasa muda doploh tahun ahaks. Masuk dewan untuk majlis penutup serta cabutan nombor bertuah. Majlis tahun nih meriah dengan hadiah yang memacam ada. Sebagaimana biasa saya memang tak lucky langsung. Grrr

Nasib baik ada penyelamat walaupun dapat hamper kecik ehsan pak mertua sendirik. Dua tahun lepas pun hubby menang lucky draw. Hmmm lepas² nih memang harap hubby ajerlah yang menang. Nak harapkan saya memang tak bley harap!

Insya Allah untuk majlis akan datang kalo panjang umur jumpa dua tahun lagik (2012). Ini pun kira bernasib baik majlis bley kata semua fully sponsored dari tempat tido sampai ke bab makan. Pemilik kompleks tuh merupakan sepupu ayah dan emak saya. Semoga sentiasa mewah rezeki Mak Itam dan Pak Itam... amin!

No comments: