"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

22 November 2010

Memang untuk dimakan...

Bukan untuk disimpan!

Esok merupakan hari terakhir saya berkhidmat selama 9 tahun 10 bulan 22 hari di CNIE. Lama kan?! Kalo saya tunggu sampai 1 Januari 2011 maka genap seploh tahun saya bersama CNIE tapi nak buat cemana jodoh kami setakat nih ajer. Allah jua yang menentukan...

Maka sebagai tanda cendera hati yang pernah cedera kat CNIE maka saya tatau nak bagi apa kat kengkawan CNIE. Pikir punya pikir tetiba teringat besfren saya masa sesama Masterji kat UPM last year. What frens are for? Alhamdulillah walaupun masa yang saya berikan agak suntuk tapi perghhh tabik springgg toing² kat Nora sebab dia berjaya siapkan jugak cekelat comel ada muka saya!!! Stended lah saya kan gila glam...

Selepas dibungkus ala² nak kaver gambo muka comel (?!)

Sebelum dibungkus
(gambo cilok dari Nowwa Chocs)

Petang tadik selamat sudah saya edarkan trip pertama cekelat comel nih kat kengkawan. Esok pagi sambung untuk trip kedua plak. Idok ler sampai satu CNIE saya nak bagi. Sapa yang baik budi dengan saya maka dapatlah. Kira yang tak dapat tuh memang konfem tak pernah baik budi dengan saya FULL STOP!

Boleh dikatakan kesemua kengkawan yang dapat cekelat nih dok tanya boleh ker makan gambo muka comel saya tuh? Erkkk kengkawan takdelah tambah ayat "gambo muka comel" tapi saya yang perasan sendirik. Alahaiii memang saya bagi cekelat nih untuk dimakan. Kalo tak sudi atau tak tergamak nak telan gambo muka comel saya tuh maka pepandailah tanggalkan tapi sebenonya gambo muka comel saya tuh boleh dimakan tanpa was². Gambo muka comel tuh bukan sticker ker kertas ker yang ditampal di atas cekelat tapi tuh sebenonya edible sugar yang memang sah² bley makan. Jangan risau saya dan hubby dah selamat telan cekelat nih dan alhamdulillah takde mudarat.

Buat kengkawan yang berminat nak menandingi kecomelan wajah saya di atas sebijik cekelat maka bleylah kontek Nowwa Chocs untuk tempah cekelat muka sendirik. Kalo segan muka tak comel macam saya (astaghfirullah... jauhkanlah dari sifat bangga diri nih!) no worries Nora ada banyakkk lagik pesen cekelat yang bley korang pilih rupa bentuk mengikut kehendak hati sanubari. Rasa cekelat? Nyum² blom cuba blom tau...

No comments: