"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

Sunday, January 31, 2010

Saya Nak Cuti! ke Cebu

Saya Nak Cuti!!! Semua orang suka cuti maka dengan itu saya mencadangkan DIRI SENDIRI untuk bercuti ke Cebu, Filipina. Kenapa Cebu? Saya tidak banyak tahu dan dengar tentang percutian ke Filipina. Barangkali Filipina tidak tercatat sebagai salah sebuah destinasi menarik di kalangan pelancong maka itu saya perlu meneroka lebih lanjut tempat-tempat menarik di Filipina dengan mengambil kesempatan untuk bercuti di sana.

Setahu saya selain terkenal dengan sejarah pendaratan Ferdinand Magellan yang sekaligus memulakan era penjelajahan bangsa Eropah ke Asia, Cebu juga terkenal dengan kecantikan alam semulajadinya. Saya amat teruja setiap kali dihidangkan dengan keindahan pantai. Dikhabarkan terdapat sebuah pulau yang masih kekal keasliannya dengan pembangunan yang minimum dinamakan Pulau Bohol di Cebu. Apa ada di Pulau Bohol agaknya ya? Terdapat Bukit Coklat yang dianggap keajaiban ke lapan dunia di kalangan penduduk Filipina. Mengikut pambacaan saya Bukit Coklat sebenarnya adalah titisan air mata gergasi, yang satu ketika dahulu merupakan penjaga seluruh pulau itu. Teringin sungguh saya melawat pusat santuari monyet terkecil di dunia (Tarsier) dan Bohol Bee Farm yang terdapat di Pulau Bohol. Terbayang juga di mata bagaimana menarik dan romantik sekali sekiranya saya berpeluang menikmati makan tengahari bersama suami di atas bot kayu sambil menyusuri Sungai Loboc. Ahhh banyak yang saya belum tahu tentang Cebu dan tempat-tempat menarik lain di sekitarnya. Disebabkan itu saya perlu diberikan kesempatan untuk melawat dan menerokai Cebu agar dapat dikongsi bersama rakan-rakan yang lain.

cHiQuE:
Hahaha dah lama tak buat karangan skema menggunakan patah perkataan yang sungguh sopan santun macam nih. Semuanya sebab Saya Nak Cuti!!! ;)



Tugasan hari minggu

Wokeyyy semalam dah puas seharian dok luar umah jenjalan ke sana ke mari makanya harinih dok dalam umah ajer yeak. Kata profit sharing hampeh kan (pitih ciput lah gituh) maka buat cara profit sharing hampeh...

Apa nak buat harinih???
1. Kemas umah
2. Basuh baju
3. Cuci tandas
4. Lipat baju hok dah tinggi Kinabalu
5. Heyyy karangan Saya Nak Cuti blom buat lagik!!!

Chaiyokkk!!!





Misi ketiga terlaksana

Sila rujuk entry hok inih untuk maklumat lanjut. Idok karang ada plak yang tak paham dengan entry aku nih...

Sebenonya harinih adalah hari frust aku. Orang lain kalo dah ujung bulan chengginih konfem senyum panjang sampai ke telinga sebab dah masuk gaji kan tapi aku hmmm muncung lagik ada!!! Kecewa btol sebenonya ngan salary bulan nih. Dikhabarkan sepatutnya salary bulan nih akan jadik lebih sebab dapat profit sharing untuk dua quarter sekalik. Chehhh terbayang di mata yang bulan nih koman² aku akan dapat extra salary dalam RM500 gituh (paling ciput lah kunon). Biasa kalo satu quarter tuh bley dapat dalam RM300 hingga RM400. Belakang bila keluarkan duit pagi tadik aku rasa profit sharing yang aku dapat nih dalam RM200 ajer!!! Bukan aku tak bersyukur dengan apa yang ada tapi aku rasa macam dipergunakan plak. Appraisal aku cemerlang ajer last year. Dah lah takde promotion (tuh aku tak heran sangat), takde inkrimen dan sekarang profit sharing pun hampeh!!! Arghhh...

Disebabkan rasa kecewa dengan "muncung empat belas" yang amat makanya aku telah membawa (erkkk hubby yang bawak sebenonya) hati yang lara pegi makan², beli dan blah plus tengok movie!!! Tuh pasal tajuk entry atas macam nih sebab MISI KETIGA TERLAKSANA sudah.

Memula pegi breakfes kat OTWC dolu. Hubby macam biasa order Nasi Lemak Ayam dengan Ice Tea dan aku plak order Steam Bread with Curry Potato ngan Chocolate Ice. Makan sampai kenyang...

Lepas breakfes kat OTWC baru gerak pegi beli henbeg. Harinih kopak duit beli henbeg sampai dua bijik. Punyalah teruja tengok henbeg cecomel kemain. Tak pedulik dah dengan profit sharing yang hampeh ituh. Malasss nak pikir sebab kalo pikir pepanjang pun bukan bley tetiba profit sharing tuh bertambah dalam akaun bank aku :((

Selamat beli henbeg dua bijik barulah gerak ke Alamanda Putrajaya dengan misi menghabiskan duit tengok movie plak. Tooth Fairy!!! Okaylah seronok citer dia. Nanti aku post entry lain yeak pasal movie nih. Lepas movie hubby ajak karok plakkkk. Okay bagi mengelakkan memikirkan pasal profit sharing yang hampeh ituh makanya jommm kita karok sampai sakit tekak. Lima lagu untuk hubby dan lima lagu untuk aku. Kena prektis nyanyi lagik nih...

Johnny's time!!! Lepas sakit² tekak tarik suara berkaraoke kita makan plak. Tak banyak pun order sebab makan dua orang ajer kan. Jangan membazir orang tua² kata. Makan sampai kenyang... aku belanja :D

Lepas Johnny's gerak ke MPH plak. Arghhh aku memang rambang mata kalo masuk kedai buku nih dan tak pepasal termasuk dalam senarai menghabiskan duit - beli buku. Adehhh yang ada kat umah nih dah bersusun buku dok menunggu giliran untuk dibaca. Takpe² sabar buku² semua yeak nanti nombor giliran akan dipanggil ;))

About 7pm baru gerak balik ke umah. Perghhh kopak sesungguh aku harinih - henbeg, makan, movie ngan buku. Punyalah kecewa profit sharing hampeh sampai ginih jadiknya aku nih. Arghhh malasss pikir lah...



Amacam cantik tak???

Tadaaa nampak apa² yang lain kat blog nih tak???

Tuh aku dah ada blog banner yang baru. Hahaha sungguh sempoi cikai sekalik. Serius cakap aku memang buta seni. Kengkadang pada aku dah gila cantik tapi kat orang lain mungkin harammm tak cantik pun. Tak kisahlah... nih blog sapa??? Blog aku kan??? :))

Okie² nanti kalo dah pandai edit² gambo sket aku tukar plak banner hok lain yeak. Buat masa nih ituh ajerlah yang paling cantik opsss comel yang mampu aku buat ;)



Friday, January 29, 2010

Otak ku tepu beku

Adehhh sejak habih buat master harituh rasanya otak aku macam ada sedikit lembab. RAM semakin lama semakin menyusut gituh :(

So am planning to do something to my brain. Hahaha entah menjadik atau tidak tatau lah...

1. Aku rasa macam nak belajo lagik
Gila power sebenonya otak aku nih tau huhuhu. Sambung PhD??? Huishhh idok ler sampai ke situh. PhD lambat lagik kot kasik otak aku rehat dari memikirkan masalah yang berat² nih. Aku cadang macam nak ambik kelas bahasa ketiga lah. Selain memantapkan serta mengasah kasik tajam otak nih aku dapat jugak ilmu lain. Nak ambik bahasa apa yeak??? Nihongo??? Tidak!!! Cecukuplah nihongo (baser jepun daaa) aku masa kat univ dolu dapat C. Rasanya hati berat ke Spanish ngan Mandarin. Spanish dolu masa kat univ dapat B+ so rasanya kalo terer lagik sket harus berabuk aku spekong tuh. Mandarin hmmm nak kena belajo tulisan plak lagik kan??? Adehhh tak kuasa aku nak bercacingan menulis baser cina nih. Sama macam nihongo dolu lah... cakap bleylah sesikit belakang kena tulis "nan ado!".

2. Aku rasa macam nak beraktiviti lasak
Dari dolu sebenonya aku teringin nak ambik sijil selaman (scuba diving) gituh. Cuma entah kenapa dari setahun ke setahun ke setahun dah kumpul² jadik lebih seploh tahun nih tak gak mendatangkan hasil. Tuh lah dedolu masa dok praktikal lelama kat Rebak Marina Resort Langkawi (arghhh rindu bau Rebak) menggatal tak nak ambik padahal masa tuh baru RM500++ jer. Sekarang??? Lari budget sudah. Pastuh teringin nak panjat gunung, nak water rafting (hahaha macam berani), nak ituh nak inih yang lasak² lah.

3. Aku rasa macam nak "sedekah" duit
Aku shopping??? Bukan kebiasaan sebenonya. Aku kan spesis pelik tapi benar. Kalo orang pompuan lain suka shopping tapi aku macam kureng sket. Cuma kalo dah memang bebetul nak beli makanya aku akan beli tak dapat satu maka tiga sekalik harung aku angkut. Okay nak shopping apa yeak??? Kasut??? Alahhh harituh dah beli sandal sekalik dua pasang. Baju??? Dah beli blouse sekalik dua jugak harituh. Henbeg??? Hahhh nak beli henbeg barulah. Designer henbeg??? Muahaha ada yang makan hati lah nanti kat ofis nih ~wink wink~ Selain shopping apa lagik yang bley keluar duit??? Hmmm makan² ngan movie :))

Terkini pada 30/01/2010: Dah selamat aku beli henbeg dua bijik, makan² kat OTWC ngan Johnny's dan tengok Tooth Fairy kat GSC ;)

4. Aku rasa macam nak cuti
Yeaaa nih sebenonya aktiviti yang paling bagus untuk otak aku. Dah lama tak ambik bau pantai. Rindu plak bau pantai kat Langkawi, Port Dickson, Cherating, Kuching, Kota Kinabalu dan memana ajerlah yang ada pantai termasuk Bali jugak. Percutian tahun lepas semuanya kat tanah tinggi sajork makanya aku nak tahun nih bio ke pantai plak. Tetiba dapat panggilan pulau lagik menariks. Tak dapek pantai dan pulau kalu aku rasa macam nak carik tempat yang ada air terjun ker jeram ker hahhh bio dapat berendam mandi manda sejuk² gituh. Walaweyyy dah terbayang di mata nih.

5. Aku rasa macam nak SEMUA YANG DI ATAS!!!



He is my new TMJ

JOHOR BAHRU: Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar di sini, hari ini. - Bernama

Kredit gambar kepada Utusan Malaysia Online
Kredit artikel kepada Berita Harian Online

cHiQuE:
Hensem kan kan kan??? Jangan ada yang jeles plak yeak ;)




Thursday, January 28, 2010

Entry nih takde tajuk

Hahhh petang yang berarak mendung kelabu di luar sana plus sungguh takde keja nak dibuat kat ofis nih!!! Buhsan tahap cipan di luar kawalan dah aku nih... adoyaiii.

Sepanjang petang aku dok buat menda ni lah - sign kad raya cina ngan tampal alamat suppliers plus setem kat sampul surat. Gila banyak wokey!!! Macam boss sign cek jota² plak lagaknya tapi yang nih boss kena tampal alamat ngan setem semua sendiriklah :(

Buhsan plus mengantuk gilos plak petang nih sebenonya. Nasib baik jugak ada menda nak dibuat idok kalu mau aku buntang mata dok berfesbuk ngan buat lawatan sambil skodeng dari satu blog ke satu blog. Hmmm...

cHiQuE:
Aku adalah sorang pekerja yang sungguh efisien makanya keja aku sentiasa habis on time (haktuihhh!!!) tetapi memandangkan kampeni amat berat nak bagi aku promotion ngan inkrimen untuk tahun lepas jadik tahun nih aku nak jadik pekerja cemerlang plak. Cemerlang berfesbuk ngan blogging kat ofis gituh... erkkk bley ker???



Wednesday, January 27, 2010

Heart attack? Don't read!

Dapat email pasal gambo² kat bawah nih...



I have a pen, my pen is blue
I have a friend, my friend is YOU :D
(ingat lagik tak pantun zaman kanak² Ribena nih???)

cHiQuE:
Huhuhu surprise ker??? Aku takde idea nak post entry pasal citer apa harinih. Kebetulan plak dapat email yang rasa macam syiok ajer kalo letak kat blog makanya inilah hasilnya... peace V



Tuesday, January 26, 2010

Doposen untuk ARC13

Setelah mendapat penjelasan serba ringkas dari ARC (sebut: arkkk macam bunyik burung gagak tuh) makanya tau lah aku sekarang cemana nak letak iklan between content tuh. Aiseyyy senang yang hamat rupanya. Apasal lah aku pegi pikir jauh bebeno??? Tuh lah orang kata kan malu bertanya sesat jalan. Nasib baiklah aku blom jauh salah masuk simpang jalan kalo tak mau ajaran sesat dah nih. Makasih ARC ajar akak yang tak berapa nak pandai nih...

Okie meh kita cuba try test tengok jadik ker tidak...

cHiQuE:
ARC dah pesan kalo takde iklan tuh muncul maknanya takde rezeki lah tuh sebab iklan tuh ala² Choc Fudge kejap ada kejap takde. Arghhh takde iklan kalu mintak balik limaposen plak dari ARC... tak dulik!



Bila nafsu jadi raja

Huhhh koranggg bila baca bab nafsu kemain cepat ajer yeak ;)

Rileks² entry nih takde kaitan langsung ngan kisah 18SX. Nafsu nih kan ada macam² jenis. Ada orang nafsu suka soping. Ada orang nafsu suka jenjalan. Ada orang nafsu suka tido. Ada orang nafsu suka makan. Erkkk aku lah yang suka tido dan makan tuh muahahaha :))

Harituh baca kat blog ZackZukhairi pasal dia dan mee maggi. Alahai kesian bebeno rasanya baca citer dia tuh. Maklumlah kan tinggal di perantauan plak tuh negara yang memang konfem susah nak dapat makanan halal makanya mee maggi tuh dah jadik salah satu makanan ruji gituh. Ecehhh aku dolu dok Sintok pun kemaruk maggi apa lagiklah kalo dok obersi kan kan kan ;)

Okie² masuk cerita aku plak. Setiap malam hari Isnin merupakan hari pasar malam kat Puchong Indah tuh. Macam biasalah dah dasar tak suka masak (erkkk!) makanya situh ajerlah tempat dituju setiap Isnin. Dedolu kalo pegi pasar malam tuh aku suka beli Char Kuey Teow dari sorang pakcik gerai ujung sekalik tuh. Gila sedap!!! Pastuh muka pun dah hampir sama jadik rupa kuey teow makanya aku kemaruk Kebab Ayam Melawati plak. Okaylah bley tahan harga RM2.50 isi melimpah ruah. Lepas macam buhsan ngan makanan² biasa kat pasar malam tuh tetiba sejak minggu lepas aku TER tanpa sengaja nak makan Yong Tau Fu.

Tadaaa inilah Yong Tau Fu yang aku beli semalam. Tak banyak mana pun aku ambik sebab makan sorang (RM3). Hubby aku macam biasa ngan Nasi Lemak Ayam tak pun Nasi Goreng Ayam ajer.

Setahu aku kalo Yong Tau Fu kat Johor makan ngan kuah sup tapi kat Selangor nih makan ngan kuah ala² sos cair nih ajer tapi serius hok Yong Tau Fu aku beli nih memang sos dia sedappp!!! Kira terangkat jugaklah tuh pasal dua minggu berturut aku melantak Yong Tau Fu. Last week beli banyak (RM6) makan sorang sampai senak² perut tak hengat tapi semalam okaylah sedar diri ambik sket jer.

Apa kaitan Yong Tau Fu ngan blog dak ZackZukhairi tuh??? Hmmm takde kaitan sebenonya cuma saja nak bagitau bersyukur sangat dok kat negara sendirik nih sebab mewah ngan makanan. Sana sinih banyak makanan tak macam dok obersi. So sesapa adik beradik, sedara mara dan kengkawan yang dok obersi tuh kot lah teringin nak makan apa² silalah bagitau. Insya Allah aku cuba makankan bagi pihak korang nanti yeak ;)

cHiQuE:
Rasa macam nak makankan cakoi untuk Kak Long lah... hmmm ;))




Macam mana nih???

Ada sesapa bley tolong ajar tak cemana nak letak iklan nuffnang between content (post entry) tuh??? Adoiyaiii pening dah pala hotak nih gugel sana sinih pastuh dok cuba² edit HTML tapi tak jadik jugak. Sengal btol dibuatnya (!_!)

Lagi satu nak tanya nih kalo ada dapat Buffered Earnings ngan Metered Earnings plus Campaigns kat nuffnang tuh kira okay ekkk??? Mengong aku nih dok pasang iklan nuffnang dah kemain lama tapi langsung tak reti nak tengok. Tau² bila cek kat web nuffnang tetiba terasa macam terer plak huhuhu ;))

Ituh yang tetiba rasa teruja bersemangat waja nak pasang iklan nuffnang kat between content plak. Manalah tau kot² nanti ada rezeki terlebih... amin.

cHiQuE:
Saya budak baru belajar...



Monday, January 25, 2010

Makasih daun keladi

Wahhh aku terharu sebenonya. Tak sangka plak rupanya kontes merapu ntah hapa² yang aku buat harituh ada sambutan. Ingatkan saja suka² nak bagi hadiah kat pembaca bertuah (sorang jer!) sebab macam takde sapa nak jadi follower blog aku nih tapi tetiba plak sambutan di luar jangkaan. Terima kasih semua...






Memang jawapan yang aku terima dari korang serius mencabar minda. Tuh dia tengok jawapan yang diberikan. Aku pun tak terfikir sampai macam tuh sebenonya sebab aku nak tengok sapalah yang bertuah sanggup jadik follower yang ke-15 blog nih (huhuhu blog orang lain tuh dah ada ribu raban follower pun).

Memandangkan sambutan untuk kontes merapu di luar jangkaan aku rasa macam next time nak buat kontes hok bebetul lah tapi nak buat kontes apa yeak??? Okie aku nak kena perah otak nih pikir kontes apa yang menariks. Kalo kontes menariks makanya hadiah kenalah jugak menariks kan??? Hmmm...

Anyway terima kasih daun keladi buat kengkawan yang memberi respon dalam kontes merapu sebelum nih yeak. Ailebiu lah ~muahs muahs~



Sindrom mim.alif.lam.sin

Adehhh bila penyakit M datang menyerang memang hapah tak bley buat apa. Nak post entry tak tau nak type cerita apa. Krisis identiti btollah aku nih... ahaks!

Oh yaaa harituh beriyer nak masuk contest Saya Nak Cuti! ngan contest dari salah sorang ahli gengblogger hok citer pasal kereta tuh tapi tak berkesempatan lagik nak buat. Apa cer aku nih??? Haluuu enibodi home??? Tidurkah??? Arghhh tolonggg...

Arinih aku cuti tak pegi keja! Hmmm pepagi tak pagi sangat pegi brekfes kat OTWC. Pastuh gerak pegi Sunway Pyramid mencarik barang untuk kiutilepi nih. Kengkunon memula nak carik software Adobe Photoshop tapi takde. Sudahnya beli barang lain. Pusing sana sinih mencarik pun takde jugak then gerak ke Digital Mall USJ19. Ya ampunnn apa dah jadik dengan Digital Mall USJ19 tuh??? Rasanya cuma ada tak lebih lima kedai komputer ajer kat situh. Kata Digital Mall tapi nan ado!!!

Terus gerak ke Digital Mall PJ plak. Hmmm pusing sana sinih mencarik software Adobe tuh tadak jugak. Macam biasa TER tanpa sengaja beli menda lain. Kipaslah. Cool ball lah. Arghhh!!!

Konfem memang takde software Adobe kat situh sudahnya gerak balik sajork. Singgah lunch makan ayam KFC dua ketul. Pastuh rasa macam nanti beli online ajerlah software tuh. Guna duit plastiklah nampak gayanya adehhh. Pasnih dah ada Adobe tuh bleylah aku bikin blog header cecantik. Maklum aku nih buta seni sket tuh pasal blog aku memang serius macam sempoi jer. Tak reti lah katakan ;)

Takpe² tunggu aku ada Adobe Photoshop wokey ;)



Sunday, January 24, 2010

Pemenangnya adalah...

Hahaha harituh baru ajer beberapa jam post entry nak carik penunggu pembaca bertuah kat blog aku nih tetiba dah ada pemenang pun...

Tadaaa!!! Muka siapakah ituh??? Aus namanya (Aus yang iklan kat TV hok muka kelat masa nak pegi PLKN tuh???) Hahhh sila bagi maklumat lanjut cemana nak dihubungi untuk antor hadiah yeak :D

Aus menjadi follower yang ke-15 pada hari Jumaat 22 Januari 2010. Cemana aku carik pemenang??? Alooo kan dah bagitau tuh aku suka nombor 15 dan tetiba plak Aus sudah jadik follower yang ke-15 kat blog nih. Owh yea cara melihat follower ituh adalah bermula daripada bawah sekalik. Makanya cuba kira sendirik adakah benar Aus follower yang ke-15. Hahhh btol kan??? Puas hati semua kan??? Aku tak men tipu kan??? Sebenonya aku tak sempat nak capture gambo masa Aus bebetul di tangga ke-15 tuh tapi kira hok nih pun bley pakai as bahan bukti lah...

Okay² aku tau ramai sebenonya follower kat blog nih tapi awat tak mau fren² klik kat butang follow tuh??? Malukah??? Korang jangan memalu jangan segan mehlah follow blog aku yang cikai tak seberapa inih. Nanti aku follow lah blog korang plak. Kengkadang tuh aku tau korang follow tapi sesenyap jer makanya tak dapeklah aku nak follow balik. Kawan biar ribu² lemon...

Okie buat kengkawan lain yang tak menang tuh (sah² korang kutuk contest aku yang ntah hapa² nih kan???) next time aku carik pemenang cara lain plak yeak ;)



Alololo comelnyaaa :D

CocaNur yang dah makin bulat dan montel...

Tak boleh mommy dia nak melawo sket letak table cloth sekarang nih. Terpaksa ditogelkan ajer meja makan tuh sebab sejak ada alas meja Coca manjang nak panjat meja makan. Memang hari² nak kena jerit dek mommy dia. Grrr!!! Pastuh dah kena marah mula lah buat muka comel mintak dimaafkan... cehhh kucing btol!

Hok nih plak gambo masa kena tinggal dalam keta waktu kenduri kawin Fina (kazen hubby) kat Batu Pahat. Gila ko nak bawak Coca keluar. Tak pepasal nanti dia yang jadik perhatian bukan pengantin. Masa kena tinggal memang bukak pintu bakul dia tuh bio dia bley ke sana ke mari dalam keta. Lepas aku dan hubby makan ngan pengantin kami pegi kat keta nak tengok apa yang Coca buat. Carik sana sinih takde rupanya dia duduk kat celah bawah seat penumpang sebelah pemandu. Alahaiii kesian panas agaknya dok dalam keta tuh.

Tak lama lepas tuh datang plak kazens hubby reramai nak tengok Coca. Sebelah hubby memang bley dikatakan semua suka kucing. Tak semena Coca cecepat berlari masuk dalam bakul dia dok dendiam. Aiyokkk muka dah garang macam serigala Jacob Twiligt Saga tuh tapi pemalu plak. Semua dok pangge² nama dia bley dia buat buduss tak keluar dari bakul tuh. Aiyokkk... memang kucing btol lah!!!

Sekarang nih Coca makin cerdik. Tetiap pagi sebelum jam loceng bunyik pukul 6 pagi Coca dah kejutkan dulu mommy dan daddy dia semayang Subuh. Selagi tak angkat kepala dari bantal maka selagi tuh lah dia akan membising kat cuping telinga. Pastuh Coca siap bley kiss² pipi lagik suruh bangun. Lepas dah bangun hahhh baru dengan sindiriknya dia diam. Dia plak yang sambung tido. Adehhh!

Kengkadang memang gerammm ajer ngan perangai Coca bila dia buat hal berlari ke sana ke mari tak tentu pasal dalam umah nih tapi kengkadang rasa macam comel ajer bila dia buat perangai baik. Hmmm kucing sapalah tuh kan ;)



Hilang berganti...

Wokeyyy setelah meruntun hati tengok tangisan syahdu RMJ semalam (owhhh harinih dia sudah TMJ lah kan???) makanya harinih kita back to normal. Baca sotkabar pagi tadik rasa macam sayu ajer. Dunno why :((

Yea semua orang pun tahu almarhum Sultan sorang yang garang. Tataulah kan sebab aku bukan penah jumpa dan kenal almarhum pun tapi bila tengok siaran langsung majlis pemakamam baginda semalam memang rasa selain sedih tapi bangga pun ada. Bayangkan anak cucu ajer yang angkat jenazah (opsss maaf kalo kerabat diraja takde guna perkataan jenazah). Boleh nampak kan macam mana sayangnya anak cucu baginda kat almarhum. Lebih² lagik jelas kelihatan kat RMJ. Dowhhh memang calon menantu yang sesuai tuh ;)

Masa nak kebumikan pun (maaf juga andaikata takde perkataan kebumi untuk kerabat diraja) rasa bertambah sedih melihat kesungguhan RMJ dengan basah lencun tuh. Setahu aku memang almarhum sayang sangat kat RMJ dan cucu² yang lain. Tak mustahil garang² almarhum tentu bersebab...

Inilah pemandangan pada petang Jumaat yang lepas sewaktu pulang dari pejabat. Hujan lebat dengan angin menggila. Memang tak berapa nak nampak jalan. Walaupun bukan aku yang memandu tapi memang kecut² perut jugak dibuatnya. Aku memang fobia sket kalo berada dalam kereta tak kiralah samada memandu sendiri atau tidak ketika hujan lebat. Rasa kalo boleh nak berenti kat memana then tunggu sampai hujan berenti baru sambung perjalanan.

Dah nak sampai Desa Impiana tapi bayangkan dengan hujan yang lebat tuh Desa Impiana tak kelihatan. Padahal memang dah dekat sangat nak masuk simpang jer. Rasa bersyukur sangat sebab dah sampai umah. Hubby ajak makan pun aku tak mau sebab nak balik umah terus. Dah reda hujan tuh baru keluar semula.

Pada petang nih lah jam 7.15 almarhum Sultan Iskandar mangkat. Selalu orang kata kalo hujan panas ada orang besar² nak meninggal tapi kali nih hujan lebat len macam plak dari Glenmarie sampai ke Puchong nih.

Apa² pun rakyat negeri Johor dah dapat sultan baru. Semoga negeri Johor terus maju membangun. Daulat Tuanku!



Saturday, January 23, 2010

Sultan Ibrahim Ismail

Sultan Ibrahim Ismail atau orang Johor ajer kot yang selalu pangge guna nama "Ku Yem" selamat dimasyhurkan sebagai Sultan Johor kelima dalam sejarah Johor moden.

Allah peliharakan Sultan
'Nugerahkan dia
Segala kehormatan
Sihat dan ria
Kekal dan makmur
Luaskan kuasa
Naungkan kami
Rakyat dipimpini
Berzaman lagi
Dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Sultan Ibrahim Ismail ibni Almarhum Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj lahir pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. Ditabalkan menjadi Tengku Mahkota Johor sejak 1981 selepas almarhum ayahanda baginda (Sultan Iskandar) ditabalkan menjadi Sultan Johor yang keempat.

Sultan Ibrahim nih merupakan anakanda sulung almarhum Sultan Iskandar bersama bekas isteri pertama baginda, Josephine Ruby Trevorrow. Hahhh tuh pasal rupa Ku Yem nih sungguh ensem (RMJ pun sungguh ensem jugak) ~wink wink~.

Personally aku tak penahlah jumpa dengan Ku Yem nih tapi seingat aku dedolu masa kekecik penah pegi kenduri kawin entah umah sapa (umah kawan ayah aku lah tuh) ada ajer Ku Yem dan Raja Zarith Sofea datang. Alahhh masa tuh kekecik lagik kan manalah ada teruja sangat nak ambik gambo bagai.

Masa Kembara Mahkota Johor (hok last year kalo tak silap aku) Ku Yem dan RMJ serta rombongan KMJ datang singgah bermalam kat Kluang. Jangan tak caya yang DikOwn pun dengan muka tak malu berbaju kurung kunonnn dok mengusha Ku Yem dan RMJ kat depan Prime City Hotel tuh. Siap ambik gambo bagai pompuan tuh. Arghhh aku sungguh jeles. Bukan jeles sebab DikOwn dapat tengok dan jumpa Ku Yem tapi pompuan tuh dapat tengok dan jumpa RMJ. Tak suka tau!!!

Erkkk aku nak kena cerita banyak ker??? Apa kata rerajinkan jari jemari korang tuh google sendirik sana sinih pasal Sultan Johor yang kelima nih :D

Daulat Tuanku!



Sultan adil sultan disanjung

Tak tau nak cerita apa sebenonya harinih. Sana sinih tak kiralah kat TV mau pun kat internet dok cerita pasal kemangkatan baginda Sultan Johor. Rasanya kalo aku cerita lagik akan jadik lebih kurang sama ajer semua nanti kan??? Okay aku tak cerita...

Cuma sebagai rakyat Johor dulu kini dan selamanya tipulah kalo aku takde rasa apa². Walaupun aku ngaku aku berhati dan berkepala batu (erkkk bukan batu bebetul tuh lah) tapi aku masih punya hati dan perasaan. Sedih ker??? Hmmm bukan ada pertalian darah kerabat diraja pun aku nih tapi tengok kat TV9 pagi tadik gambo RMJ menangis mengalir air mata tetiba aku pun jadi syahdu sayu pilu.

Sebelum² nih sejak aku kecik sampai sekarang nih memang memacam cerita yang baik yang kurang baik aku dengar pasal kerabat Johor tapi aku tetap bangga jadik rakyat Johor. Tak pernah aku buang title anak Johor disebabkan cerita² yang hanya aku dengar dari mulut ke mulut. Sebagai manusia yang percaya kepada fakta di dalam sesuatu kes maka takde bukti aku tak caya. Cehhh dah macam kes mahkamah plak ;)

Beberapa ketika harituh pernah satu tahap blog aku nih dihentam kemain sebab aku pernah post entry pasal RMJ. Entah apa²lah makhluk Allah di luar sana tuh - jangan sebab marahkan nyamuk kelambu yang dibakar. Korang kena paham yang aku nih rakyat Johor yang setia (setiap 5 tahun sekalik aku balik mengundi kat Johor tau!!!) maka sedikit sebanyak aku tetap akan bangga dengan apa saja yang berkaitan ngan negeri Johor termasuklah kerabat dirajanya ituh :D

Okay tak mau cerita banyak harinih serta tak bley tenet lelama as aku nak tengok kat TV tuh majlis pemakamam almarhum baginda Sultan. Semoga roh Almarhum Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama hambaNya yang soleh. Al-Fatihah.



Kemangkatan Sultan Iskandar

Salam takziah buat seluruh keluarga diraja serta rakyat Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Almutawakkil Al-Allah Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail pada jam 7.15 petang 22 Januari 2010.

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Almutawakkil Alallah Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, yang memerintah Johor hampir tiga dekad, mangkat pada jam 7.15 malam tadi selepas dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri di sini kerana gering.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman di Pejabat Kerajaan Negeri, Bukit Timbalan, kira-kira jam 11.30 malam tadi.

Baginda yang meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 putera dan puteri, akan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, kira-kira jam 2 petang ini.

Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada jam 11.30 pagi Jumaat, 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981. Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984, baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Terdahulu, di Istana Besar di sini, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad, mengumumkan pelantikan Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail sebagai Pemangku Raja.

Pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9(1)(b) dan 9(2) Bahagian Pertama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1895.

Abdul Ghani pada sidang akhbarnya, berkata pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor pada jam 1 tengah hari di Istana Besar sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar.

Beliau turut mengumumkan hari ini cuti umum untuk seluruh negeri Johor dan semua majlis rasmi termasuk hiburan serta keramaian dibatalkan, manakala tempoh berkabung ialah selama tujuh hari dengan semua bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang.

Abdul Ghani berkata, baginda dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kira-kira jam 5 petang kelmarin dan mangkat pada jam 7.15 malam tadi.

Katanya, manakala Istiadat pemakaman Diraja akan bermula pada jam 9 pagi ini di Dewan Besar Istana Besar di sini, dengan orang ramai boleh menziarahi jenazah sehingga jam 10.30 pagi.

Menteri Besar berkata, mulai 11 pagi hingga 12 tengah hari pula adalah penghormatan terakhir untuk orang kenamaan dan kerabat Diraja.

Beliau berkata, jenazah Almarhum akan dibawa dari Istana Besar pada jam 1.30 tengah hari sebelum disembahyangkan di Makam Diraja, Bukit Mahmoodiah pada 2 petang.

Abdul Ghani yang baru pulang dari mengikuti lawatan Perdana Menteri di India, berkata semua masjid dan surau dikehendaki mengadakan majlis tahlil selama tujuh hari se lepas istiadat pemakaman jenazah.

"Tempoh berkabung bagi kerabat Diraja ialah 40 hari manakala rakyat biasa selama tujuh hari," katanya.

Peraturan berkabung bagi lelaki Melayu ialah bersongkok lilit putih dua inci manakala bagi bangsa lain ialah kain hitam lebar tiga inci di lengan kiri.

"Bagi upacara pemakaman, lelaki Melayu berbaju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam dan bagi lelaki bukan Melayu, sut hitam bertali leher dan kain hitam tiga inci di lengan kiri," katanya.

Sumber: Berita Harian Online


Semoga roh baginda Almarhum Sultan Iskandar dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan hambaNya yang soleh. Amin.



Friday, January 22, 2010

Sekiranya aku tahu

[sambungan...]

Meeting bukan dating aku kat Plaza IBM harituh macam tak mencapai piawaian sementelah diorang manjang nak ajak aku nego. Ituh inih tak kena. Banyak plak aku nak kena pikir dan timbang kati. Tol pegi balik kalo ikut LDP dah RM3.20 dan kalo ikut Elite then tembus NKVE dah RM5.80. Itu blom masuk belanja petrol lagik. Dengan jem yang kemain kat LDP atau NKVE tuh nanti. Huishhh ituh bley consider sebagai ujian mental tuh. Belanja parking tetiap hari kat Plaza IBM tuh lagik yang dah sah² mahal walaupun ada subsidi RM100 tetiap bulan. Blom lagik kira nak kena kuar awal as working hours start at 8 pagi. Umangaihhh sekarang nih kalo 8 pagi tuh aku baru nak masuk bilik mandi tau...

Serius memang aku sedihhh sebenonya :((

But life goes on omputih kata. Kengkadang kan kita tak tau hikmah yang Allah nak bagi. Satu dia ambik entah² seploh dia bagi kita balik. Maka dengan itu jangan tamak bongkak takbur riak atau apa ajer yang sewaktu dengannya sebab memasing dah ada bahagian sendirik. Okay then jangan sesedih lagik sebab i'll be on leave on 3rd February plak untuk meeting bukan dating kat tempat lain plak. Hmmm itu pun kira rezeki jugak kan??? Cheer up cHiQuE :D



Apa kau rasa yeak???

Blog walking ke sana ke mari dan tetiba jumpa lalu baca dengan sengaja entry hok kena batang hidung nih. Hmmm korang ada pengalaman macam nih tak???

Kalo mengikut pengalaman aku sendirik woweee dah macam² orang mengata. Tahun pertama aku okay lagik... hellooo hanimun year lagik gituh. Tahun kedua mula rasa tekanan kanan kiri depan belakang rasa nak terjun bangunan. Tahun ketiga rasa nak hantuk ajer kepala orang² yang tanya kat dinding - sibuk hal orang! Tahun keempat aku buat HSG, laparoskopi, tebuk sana tebuk sinih etc etc. Tahun kelima plak aku miscarriage (masih baru 1st trimester). Tahun keenam okay that's it cecukuplah sedih kecewa etc etc. Tahun ketujuh aku pegi lagik buat HSG etc etc dan rasa hellooo korang sibuk hal aku pehal??? Tahun kelapan hmmm blom sampai lapan tahun lagik :D

Entah yeak dedolu mungkin kot rasa rendah diri dan kecewa tahap gaban tapi alhamdulillah aku ada keluarga dan kengkawan yang sentiasa bagi sokongan dan tak pernah pandang rendah kat aku. Aku percaya semua nih pun rezeki. Kalo Allah tak bagi aku rezeki tang anak² mungkin ada lebihan rezeki kat bahagian lain. Allah tuh kan maha adil. Lagipun anak² Along aku hok tiga orang tuh pun kira anak² aku jugak. Sepupu sepapat, sedara mara dan kengkawan aku yang ada anak² pun okay jer ngan aku bila aku dok manja² ngan anak² diorang. Takde hal...

Tipulah kalo kata aku tak nak anak sendirik kan tapi macam aku kata tadik semua pun bergantung kepada rezeki. Insya Allah kalo memang dah ada rezeki Allah nak bagi jenjangan tetiba esok aku dah ada anak. Makanya buat mereka² di luar sana tak payahlah nak sibuk² jaga hal anak beranak orang kalo hal anak beranak sendirik pun hancur boncai. Erkkk ada ker perkataan boncai dalam kamus???



Siapa nak hadiah???

Cepat!!! Cepat!!!

Nehi nehi aku bukan buat contest tapi aku mencari pembaca blog bertuah kat blog "blue blue my world is blue" nih. Cemana aku pilih pemenang??? Ada lerrr tak bley bagitau sebab nanti karang rebut² plak korang nak jadik pemenang dan takde sapa plak yang nak jadik pengalah. Huhuhu macam siut jer ayat kan...

Okaylah aku bagi hint. Dah baca entry kereta "kepala lembu" Yusry KRU tuh kan??? Okay dah tau yang salah satu feveret number aku ialah 15 kan??? Makanya pemenang akan dipilih berdasarkan kepada angka 15 tersebut. Makanya pepandai lah korang skodeng celah bedah mana kat dalam blog aku nih yang ala² melibatkan nombor 15. Pening??? Hehehe syiok gak sesekali kasik post entry pening nih ;)

Untuk berlaku adil dan saksama maka aku timbang kati tak kiralah sapa pun bley jadik pemenang kecuali kaum keluarga. Okaylah andai kata kaum keluarga yang berjaya menemui angka 15 kat celah bedah dalam blog nih maka orang seterusnya yang akan diisytiharkan sebagai pemenang. Untuk kaum keluarga hok pemenang sebenar tuh akan... hmmm kaum keluarga pun nak kena bagi hadiah jugak ker???

Okaylah cukup nih ajer info dan hint yang aku bagi. Karang aku pening dan korang lagik pening. Apa² pun kuasa veto di tangan author blog gituh :D

Pat pat nyer sapa cepat dia punya... HADIAH!!!



Thursday, January 21, 2010

Mari makan cekelat :D

My dear fren Nowwa udah jadik tokey cekelat sekarang nih. Woweee inih pompuan memang panjang akal business minded. Respek btol lah sebab ada ajer business yang dia buat. Bilalah aku nak jadik tokey macam dia kan??? Hmmm...

Aku dah cuba sedaya upaya tanpa permission tuan tanah nak mencilok gambo² cekelat kat blog dia tadik tapi tak bley plak. Makanya tugas korang plak kena pepandai sendirik masuk kat Nowwa Chocs untuk mendapatkan sebarang maklumat lanjut. Sekarang nih rasanya dia masih menjalankan misi rangka promosi cekelat dia dengan bermurah hati nak sponsor majlis yang korang anjurkan. Erkkk tawaran masih dibuka ker??? Hmmm senang cerita korang kontek dia sendiriklah. Karang aku salah info buat naya jer...

cHiQuE:
Hmmm ada harapan dapat komisen (cekelat percuma) tak agaknya nih??? Huhuhu ;))



Antara ayam dan rokok

Dalam sotkabar sekarang manjang dok bercerita pasal rokok² nih. Kira sekarang citer rokok dah berjaya mengalahkan ranking citer Tiger Woods plus citer kes tangguh kat mahkamah. Aiyokkk macam dah takde cerita lain :(

Aku bukan perokok pun tapi aku ngaku yang aku memang pemakan ayam tegar!!! Aku bley idup kalo tak makan ikan, udang, sotong, daging, sayur (langsung!!!) tapi aku rasa tak cukup indah idup nih kalo tak dapat makan ayam.

Jadi dalam isu nih aku tak salahkan seratus peratus kat perokok yang tak bley berenti merokok tuh. Bayangkan bukan senang nak berenti kalo dah bertahun idup ngan asap rokok. Aku tak tau tang mana yang best isap rokok nih. Tang baunya ker??? Tang hisap hembusnya ker??? Tang ala² macho bergaya pegang rokok ker??? Entah!!! Cuma kat sinih aku dapat bagi perumpamaan macam aku idup tanpa ayam ajerlah...

Aku pernah dinasihatkan untuk kurangkan (kalo boleh tinggalkan terus) makan ayam tapi cemana aku nak berenti kalo orang yang rapat serta duduk sebelah² aku dok melantak ayam. Mana aku tahan sehhh bau ayam goreng mencucuk idung. Mana mampu aku totop mata kalo kat kepala manjang berlegar bayangan ayam golek. Lenkalik nak suruh aku tak makan ayam maka orang² lain yang dekat ngan aku pun mestilah jangan makan jugak. Barulah aku rasa ada geng tak makan ayam. Ini tidak aku tak bley makan tapi orang dekat² dok balun ayam goreng lupa diri. Tak bleyyy...

Sama jugaklah konsep ngan orang isap rokok kot. Dok pungpang² sana sinih bagi nasihat jangan isap rokok tapi belakang ramai ajer orang lain yang dok bagi nasihat tuh isap rokok. Habih cemana??? Tak kena tuh. Senang cerita haramkan ajer rokok kat Malaysia nih macam haramkan men mercun masa raya tuh tapi tolonglah jangan haramkan ayam :((

Okay mulai harinih aku tak mau nasihatkan lagik orang agar berenti isap rokok yang sungguh membahayakan kesihatan ala² bunuh diri sendirik tuh. Bio lantak!!! Cuma blom ada lagik dalam kajian orang mati makan ayam makanya aku bley terus idup ngan makan ayam. Konsep aku senang ajer... nak seribu daya! Hmmm aku blom nak berenti makan ayam lagik sekarang nih ;)

Pic credited to musformation.com



Wednesday, January 20, 2010

Food as Medicine

HEADACHE??? EAT FISH!
Eat plenty of fish - fish oil helps prevent headaches. So does ginger, which reduces inflammation and pain.

HAVE FEVER??? EAT YOGURT!
Eat lots of yogurt before pollen season. Also eat honey from your area (local region) daily.

TO PREVENT STROKE??? DRINK TEA!
Prevent build up of fatty deposits on artery walls with regular doses of tea. tea suppresses appetite and keeps the pounds from invading. Green tea is great for our immune system.

INSOMNIA??? HONEY!
Use honey as a tranquilizer and sedative.

ASTHMA??? EAT ONIONS!
Eating onions helps ease constriction of bronchial tubes.

ARTHRITIS??? EAT FISH, TOO!
Salmon, tuna, mackerel and sardines actually prevent arthritis. fish has omega oils, good for our immune system.

UPSET STOMACH??? BANANAS - GINGER!
Bananas will settle an upset stomach. Ginger will cure morning sickness and nausea.

BLADDER INFECTION??? DRINK CRANBERRY JUICE!
High-acid cranberry juice controls harmful bacteria.

BONE PROBLEMS??? EAT PINEAPPLE!
Bone fractures and osteoporosis can be prevented by the manganese in pineapple.

PREMENSTRUAL SYNDROME??? EAT CORNFLAKES!
Women can ward off the effects of PMS with cornflakes, which help reduce depression, anxiety and fatigue.

MEMORY PROBLEMS??? EAT OYSTERS!
Oysters help improve your mental functioning by supplying much-needed zinc.

COLDS??? EAT GARLIC!
Clear up that stuffy head with garlic. remember, garlic lowers cholesterol, too.

COUGHING??? USE RED PEPPERS!!
A substance similar to that found in the cough syrups is found in hot red pepper. Use red (cayenne) pepper with caution - it can irritate your tummy.

BREAST CANCER??? EAT WHEAT, BRAN AND CABBAGE
Helps to maintain estrogen at healthy levels.

LUNG CANCER??? EAT DARK GREEN AND ORANGE AND VEGGIES!
A good antidote is beta carotene, a form of Vitamin A found in dark green and orange vegetables.

ULCERS??? EAT CABBAGE ALSO!
Cabbage contains chemicals that help heal both gastric and duodenal ulcers.

DIARRHEA??? EAT APPLES!
Grate an apple with its skin, let it turn brown and eat it to cure this condition. Bananas are good for this ailment.

CLOGGED ARTERIES??? EAT AVOCADO!
Mono unsaturated fat in avocados lowers cholesterol.

HIGH BLOOD PRESSURE??? EAT CELERY AND OLIVE OIL!
Olive oil has been shown to lower blood pressure. Celery contains a chemical that lowers pressure too.

BLOOD SUGAR IMBALANCE??? EAT BROCCOLI AND PEANUTS!
The chromium in broccoli and peanuts helps regulate insulin and blood sugar.

Kiwi:
Tiny but mighty. This is a good source of potassium, magnesium, Vitamin E and fiber. It's Vitamin C content is twice that of an orange.

Apple:
An apple a day keeps the doctor away? Although an apple has a low Vitamin C content, it has antioxidants and flavonoids which enhances the activity of Vitamin C thereby helping to lower the risks of colon cancer, heart attack and stroke.

Strawberry:
Protective fruit. Strawberries have the highest total antioxidant power among major fruits and protects the body from cancer causing, blood vessels clogging free radicals. Actually, any berry is good for you. They're high in anti-oxidants and they actually keep us young. Blueberries are the best and very versatile in the health field. They get rid of all the free-radicals that invade our bodies.

Orange:
Sweetest medicine. Taking 2 - 4 oranges a day may help keep colds away, lower cholesterol, prevent & dissolve kidney stones as well as lessen the risk of colon cancer.

Watermelon:
Coolest Thirst Quencher. Composed of 92% water, it is also packed with a giant dose of glutathione which helps boost our immune system. They are also a key source of lycopene - the cancer fighting oxidant. Other nutrients found in watermelon are Vitamin C & Potassium. Watermelon also has natural substances [natural SPF sources] that keep our skin healthy, protecting our skin from those darn suv rays.

Guava:
Top awards for Vitamin C. They are the clear winners for their high Vitamin C content. Guava is also rich in fiber which helps prevent constipation.

Papaya:
Rich in carotene, this is good for your eyes. Also good for gas and indigestion.

Tomatoes:
Very good as a preventative measure for men, keeps those prostrate problems from invading their bodies.

cHiQuE:
Tak rugi pun kalo kita mencuba kan??? Dapat makan lagik tuh...



Kereta "kepala lembu"

Dikhabarkan ini lah keta Yusry KRU. Kat rancangan AC? harituh pun memang Yusry ada mengaku cakap dia pakai keta cap "kepala lembu". Humangaihhh baru harituh aku TERmimpi Yusry silap² haribulan dua tiga hari nih aku mimpi keta dia plak.

Okay² sebenonya aku bukan nak citer pasal keta "kepala lembu" dia tuh. Aku cuma nak citer pasal nombor plet keta dia tuh. Wahhh aku sukaaa sebab nombor feveret aku tuh. Dah hampir² dekat² nak sama ngan nombot plet "bluberiti" aku. Plak tuh kaler keta dia blue dan "bluberiti" plak bluberi. Ada gak bunyik belu² di situh. Tak sangka sehati sepundi rupanya aku ngan Yusry nih. Tinggal lagik dia single tapi aku dabel... kwang kwang kwang.

Korang nak tau lebih lanjut pasal keta "kepala lembu" Yusry nih maka bleylah refer kat --> muurai