"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

18 February 2011

Musafir di hari raya

Happy Chinese New Year!!!
(raya jugak kan?)

Hmmm nih bley consider as entry basi hokey. Sebenonya takde masa saya nak berblogging sekarang nih. Dah alang² esok wiken maka saya sekalik harung post segala entry lelama yang tak sempat nak posted tuh. Senang ;)

Misi musafir saya dan hubby sempena cuti raya cina tahun nih adalah 'balik Kuale naik ketapi laju'. Perghhh tak ingat bila kali terakhir saya jenjalan naik ketapi. Kalo dolu masa kekecik asal balik kampung kat Batu Anam nun harusss naik ketapi. Berhimpit macam sardin pastuh kena berdiri dua tiga jam perjalanan sebab tak dapat tempat duduk pun penah merasa.

Ketapi sekarang tak macam ketapi dedolu. Bertuah orang sekarang kan? Hahaha macamlah dolu sangat saya nih...

Pose comel dalam ETS nak balik ke Kuala Kangsar tapi eh ETS nih sampai kat Ipoh ajer dan perjalanan ambik masa dua jam lebih dari KL Sentral sampai ke Ipoh. Abaikan rupa peghak saya maklumlah lama tak naik ketapi so rasa eksaited terlebih sudah.

Okay buat mereka yang kelaparan lupa nak makan sebelum naik ETS, ada coach yang sediakan tempat makan. Santai ajer. Sambil makan boleh tengok pemandangan kat luar. Laju oh ketapi nih!

Alhamdulillah selamat sampai Ipoh. Karang tak tangkap gambo orang tak caya plak balik kampung naik ketapi. Sempat saya melayan tido hmmm mungkin tuh tanda lenkalik naik naik ETS lagik.

Sebelum balik Kuala Kangsar sempat singgah pekena Mee Rebus Ramli. Karang ada plak yang tak bley tido malam terbayang Mee Rebus Ramli melayang depan mata. Nyum² memang Mee Rebus terbaik dari ladang!

Asal balik kampung tak kira Kuale ker Kluang ker memang aktiviti saya makan makan makan. Pasnih bley tukar nama dari Chique Comel jadik Chique Tomei (tombam + comei)!

Sekarang nih ETS ada buat promosi RM30 ajer dari KL Sentral ke Ipoh. Buat mereka² yang tak penah merasa naik ketapi atau dah lama bebeno meninggalkan alam naik ketapi moh ler cuba. Laju wooo! Kelajuan paling laju tercatat kat skrin TV yang sempat saya tengok adalah 150km/j. Kira lajulah tuh kan...

No comments: