"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

27 February 2011

Pusing² macam gasing

Minggu lepas Along sefamily datang Puchong. Mula katanya Along ada kursus kat Cyberjaya sana tapi kensel plak. So kebetulan dah datang tuh makanya saya dan hubby selaku tuan rumah telah membawa mereka jenjalan KoLumpo.

Hari pertama sesampai ajer Along sefamily kami ke Berjaya Times Square. Pegi indoor theme park tuh. Tatau nak pegi mana sebenonya. Kalo Along sampai awal bley gak jenjalan jauh sikit. Genting Highland ker kan tapi dah sampai Puchong pun dekat tengahari takde maknanya nak pegi Genting sana! Next time...

Masuk ajer indoor theme park tuh terus tuju ke tempat bebudak. Main itu main ini ya ampunnn tak penat². Sampai ada game yang diulang dua tiga kali. Dah bayar gituh kan. Saya tak main apa pun sebab...

Kau buat ku berpusing
Berpusing-pusing macam gasing... gasing


Saya naik menatang nih. Pening berpinar pala hotak saya padahal nih permainan bebudak. Adehhh usia dah lanjut agaknya. Sudahnya saya tak join Along, Kak Long dan hubby naik roller coaster. Saya lagik sanggup jadik babysitter jaga bebudak kenit tiga orang.

Yang seronok dah sah² lah bebudak kenit tiga orang tuh. Usia dah agak lanjut nih takde makna saya nak enjoy² sangat masuk theme park gituh... eceh kaverline!

Selepas penat lelah (macam penat dan lelah sangat!) kat Berjaya Times Square kami sekereta bergerak ke Sungai Buloh. Bertuah perut dapat mak sedara yang suka menjamu makan. Dah lah kenyang late lunch kat Berjaya Times Square ditambah plak lagik dengan makan malam kat umah Mak Ha. Perghhh terbaekkk!!!

Dah kenyang perut maka tak reti² nak balik rumah sendirk??? Safely arrived Desa Impiana dekat jam sebelas malam.

No comments: