"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

26 March 2011

Hikayat Merong Mahawangsa

Last wiken saya pegi menonton movie HMM nih. Kengkunon tamau tengok tunggu ajer nanti keluar kat TV tapi bila baca review kengkawan yang dah pegi tengok macam best ajer. So moh kita...

Poster, trailer semua memang dah gah gituh. Macam best. Pada saya macammm ajer sebab bila saya tengok duhhh langsung tak menepati citarasa menonton saya. Musykil dibuatnya kenapa saya tak rasa enjoy menonton macam yang kengkawan lain rasa. Berkemungkinan sebab masa SPM dolu saya cuma dapat C5 untuk subjek Sejarah maka saya tak dapat menghayati hikayat sebenar Merong Mahawangsa nih. Mungkinnn...

Nak kata menyesal pegi tengok tuh tak ler jugak cuma saya rasa movie nih takde meninggalkan kesan di hati saya. Kira macam tak terbawa ke dalam mimpi lah gituh. Takde jula jula bintang bergemerlapan dari saya untuk movie nih. Paling tak boleh ampun babak Merong melaser orang jahat pakai cermin. Arghhh saya rasa nak ketawa bahak² pun ada. Kira canggih bebeno dah tuh yeak?

Sorry to say saya tak suka movie nih tapi ingat mungkin pada persepsi orang lain mereka sungguh enjoy layan movie nih. Citarasa manusia nih kan berbeza jua adanya.

No comments: