"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

02 March 2011

Kakak... help me!!!

Sebelum Along sefamily balik ke Johor harituh telah berlaku satu insiden yang... sabo ajerlah!

Sampai ajer rumah lepas balik jenjalan Mid Valley saya terus mandikan bebudak Aliyah dan Alifah kat bilik air master bedroom. Along kata dia nak balik cepat. Memula mandikan Aliyah dulu. Lepas tuh tiba turn Alifah bley plak terkena angin kuat berdentum pintu bilik air! Dah siap mandi nak keluar lah kan tetiba... ya ampunnn pintu tak boleh bukak!!!

Saya dan Alifah dah terkurung dalam bilik air. Sudahlah tuala pun tak bawak masuk bilik air sama maka seksi meksi lah Alifah dibuatnya.

Gedegung gedegang hubby ngan Along cuba bukak pintu tapi tak boleh. Nih sebenonya insiden kedua pintu bilik air master bedroom buat hal. Cuma nasib baik kali pertama dolu takde sapa kat dalam.

Naik berpeluh jugak saya dan Alifah kat dalam bilik air tuh. Lepas Alifah mandi, kering, mandi lagik, kering lagik, pintu tak terbukak jugak. Tak berenti potpet² molot Alifah dalam tuh siap mintak tolong kat kakak² dia selamatkan kitorang yang terkurung. Siap cakap tuh "I can hear kakak & yaya play with coca but i cannot go out. Kakak, help me..." Hahaha kiut...

Lama jugak rasanya saya dan Alifah terkurung. Mahu lebih setengah jam sampaikan Alifah siap meliuk lentuk mengantuk tapi cakap kat saya "Angah, i am not sleepy." Sudahnya saya pangku ajer dia duduk atas jamban. Ada jugak gunanya jamban duduk yeak ;))

Tak lama lepas saya pangku Alifah duduk kat jamban nun tetiba pintu terbuka. Hubby panggil mintak tolong mentenen datang bukak. Nasib baik ler ada orang nak datang (harituh kan Ahad) kalo tidak tatau ler cemana. Kasik runtuh ajerlah pintu bilik air tuh agaknya.

Alhamdulillah saya dan Alifah selamat dikeluarkan walaupun Alifah dua kali mandi dua kali kering. Moral of the story adalah pasnih mandi tak payah tutup pintu bilik air... tettt! Mandikan bebudak hokey tapi kalo mandi sendirik tuh pepandai lu pikirlah sendirik

No comments: