"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

26 March 2011

Kopi Kluang Station

Korang dah tau citer sensasi pasal kopi dan kaya roti bakar Kluang Stesen tuh kan? So saya tak payah nak intro bagai.

Saya orang Kluang maka bila keluar cerita pasal kopi Kluang nih sedikit sebanyak saya terasa jugak. Saya ada terbaca kat entah blog ker fesbuk sapa ker dan² lah terus malu nak ngaku orang Kluang bila jadi isu macam nih. Halooo nih bukan salah Kluang pun.

Saya memang tak tau sebenonya ada isu nih. Takat baca kat fesbuk kengkawan. Hahaha nampak bebeno tak baca sotkabar. Kebetulan plak saya ikut hubby yang ada keja kat JB then terus singgah balik Kluang; tanya kat ayah emak semualah pasal isu nih.

Saya tak penah minum kopi Kluang Stesen sebab seumur hidup saya memang tak penah minum kopi mahupun seangkatan dengannya tapi saya sangat suka makan melantak roti bakar dia. Memang sedap. Asal balik Kluang terbayang ajer roti bakar Kluang Stesen. Kalo beli bukan satu dua tapi dekat seploh. Hok bakar ada hok kukus pun ada. Punyalah nak makan roti bakar dia sanggup tuh sesudah Subuh gelap lagik keluar rumah pegi stesen ketapi takut nanti kena beratur panjang. Arghhh orang Kluang tau lah situasinya cemana kan.


Sedih sebenonya dengan isu nih sebab sah² kopi ngan roti bakar Kluang Stesen kira terkenal sejak zaman berzaman. Awatlah jadik lagu nih kan? Bila dah melibatkan hukum hakam nih maka sendirik mau ingat. Sementara waktu nih tengok ajerlah dari jauh Kluang Stesen tuh. Sampai masa tokey dia ada sijil halal nanti maka bleylah serbu semula yeak.

1 comment:

Syed Thaufik AlShahab said...

kecewa btol..