"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

06 May 2011

Ikan Bakar Parameswara

Sempena sambutan bestday saya pada 15 April 2011 yang lepas, saya dan hubby dengan gigihnya telah pegi mencari Parameswara kat Melaka Bandaraya Bersejarah nun untuk bukak meja makan besar pekena ikan bakar!

Apa korang ingat Parameswara tuh takat bukak Kota Melaka ajer ker? Sebenonya Parameswara pun ada restoran ikan bakar hokey. Buat sesapa yang tak tahu tuh silalah ambil tahu nanti orang cerita awak tak tahu pastuh kengkunon buat² tahu. Tipu berdosa tau

Hah ada alamat penuh dan nombor telefon di situh. Khabarnya kalo wiken restoran nih memang sangat padat dengan pengunjung. So pepandailah booking dulu sebelum datang yea sebab dikhuatiri kerusi meja tak cukup! *sila klik gambar untuk tumbesaran*

Kangkung belachannn *tip top*

Sotong goreng tepung *bolehlah*

Siakap sweet sour *sedappp*

Siakap bakar *terbaekkk*

Bil untuk dua orang makan *buat muka kesian pastuh gelabah seluk henbeg carik duit then dapat diskaun hehehe*

Oh ya sebagai info tambahan, servis kat restoran nih memang mantoppp! Masa saya pegi tuh cepat ajer dah dapat makanan yang dipesan. Pastuh suasana restoran sangat lapang plus nyaman sebab bebetul sebelah laut. Kalo siang hari bleylah nampak pemandangan laut tapi kalo pegi malam macam saya hmmm tak berani pulak nak tengok sana sinih gegelap tuh dikhuatiri ternampak menda² yang tak sepatutnya. Erkkk maksud saya ternampak pokok bakau tumbang

Hokey nanti korang pegi cuba yeak sebab saya pun memang macam nak pegi lagik. Kali nih pakat pegi reramai... tentu lagik seronok

No comments: