"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

17 July 2011

Liverpool FC Asia Tour 2011 - Siri 1

Salam 1Malaysia!

Petang semalam saya dan hubby layan bolasepak. Gila kentang lamanya saya tak masuk stadium pegi tengok any football games. Maka dengan itu saya boleh dikategorikan sebagai teruja melampau!

Tiket yang ada muka abang Gerrard tapi abang Gerrard takde :(

Saya dan hubby berkelana naik LRT dari Terminal Bersepadu Selatan ke Bukit Jalil. Tak kuasa heh nak bersesak parking 'bluberiti' kat stadium nun. Ingatkan tak ramai orang naik LRT tapi yaaa ampun memang berpeluh ketiak beratur nak beli tiket!

Masa dalam LRT boleh dikatakan majoriti geng The Reds. Sangat teruja! Bukan sebab semua The Reds tapi sebab baju yang dipakai tak melambangkan jatidiri anak Malaysia yang lupa asal usul. Semua dok pakat nyanyi Negaraku dalam LRT. Bangga jadi anak Malaysia. 1Malaysia!

The Reds junior ;))

Sebelum masuk stadium kena cek semua dulu. Okay memang dirampas... air botol mineral!

Masa nih baru lebih kurang jam 4.30 petang. Stadium dah padat sket...

Malaysia XI

Liverpool FC

Okayyy nanti saya sambung lagi. Tak larat sebenonya nak uplod gambo bebanyak sekali harung. Tungguuu...

No comments: