"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

17 July 2011

Liverpool FC Asia Tour 2011 - Siri 2

[...sambungan]

Stadium Bukit Jalil yang padat. Eh this is not Anfield ;))

Ohoiii abang Carrol :D

Nah abang KUnYiT plak ;))

Masa nih dah habis game. Masih ramai yang tak mau balik...

FT: Malaysia XI (3) vs. Liverpool FC (6)

Selamat jalan Romeo. Ehhh...

Keseluruhan bagi saya yang tak biasa nak mengulas perlawanan bolasepak, perlawanan memang best. Memula sebelum takde gol langsung memang... bosan! Lelama tuh makin seronok. Kalau sebelum nih ada yang kata team Malaysia SAYUR (lembik?!) masa lawan Arsenal tapi kali nih takdenya sayur² dah. Baru nampak melawan. Barulah sesuai nama tuh Harimau (^.^)

Walaupun saya duduk bersama peminat The Reds yang lain tapi teruja tak terkata bila tak kira Malaysia gol ker Liverpool gol ker semua pakat sorak. Memang tak benar kenyataan *seseorang ittew* yang kata peminat Liverpool tak patriotik sebab tak sarung jersi Malaysia. Apa *seseorang ittew* pekak kah tak dengar puluhan ribu manusia bersorak masa pemain Malaysia sumbat gol ke gawang Liverpool? Sungguh hampeh...

Moral of the story... kalo rasa nak patriotik sangat dengan hanya melihat kepada jersi yang disarung penyokong maka lepas nih tak payahlah jemput pasukan luar datang lawan pasukan Malaysia. Malaysia lawan Malaysia sudehhh! Memang konfem boleh nampak patriotik sungguh penyokong dalam stadium semua sarung jersi Malaysia *bluwekkk!*

cHiQuE:
Minat saya terhadap The Reds dan setia saya terhadap Malaysia takkan pernah luntur!

3 comments:

azam said...

good ones, Chique... YNWA

Anonymous said...

Glory glory Man U !!!! haha

cHiQuE CoMeL said...

@azam - hidup team YNWA ^.^

@anon - sesatkah? booo!