"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

09 July 2011

Oh #sentaphatimaknak !

Tak payah intro banyak. Baca tajuk pun dah tau kan adalah yang tak kena tuh. 'bluberiti' saya dilanggar todak! Eh eh bukan todak tapi dilanggar kelisa sewaktu saya dan hubby dalam perjalanan ke pejabat. Dah lah kena pepagi Isnin. Langsung takde makna monday blues kekdahnya :(

Yang paling menghanginkan saya ialah kelisa yang melanggar tuh bley lari! Kes langgar lari sudahnya. Boleh drebar kelisa overtake 'bluberiti' saya, lambai² tangan macam takde apa pastuh mendesup. Cil*ke!

Repot polis di Balai Polis Damansara. Sementelah kereta dipandu hubby maka dia lah yang buat repot. Saya hanya mampu menahan sayu. Sedihhh wooo dah ternoda montot 'bluberiti' saya.

Montot 'bluberiti' lari sudah!

Montot kemek!

Montot dan nombor plet pecah tsk tsk (!_!)

Mungkin orang tengok "alahaiii sket jer pun kena dah kecoh..." Yupe memang sikit jer pun. Kalo lah setiap bulan saya bayar 'bluberiti' nih pakai bulu atau mungkin pakai daun pokok memang saya tak kisah langsung pun tapi masalahnya sekarang saya bayar pakai duit! Saya usaha nak cari duit tuh wooo dan orang lain sesenang menjahanamkannya. Saya tak suka plus sangat benci macam tuh!

Lepas buat repot Polis kat Balai Polis Damansara, saya dan hubby ke IPD Petaling Jaya plak untuk jumpa Pegawai Penyiasat. Then ke workshop yang direkomen anggota polis. Sementelah nih kes langgar lari maka saya terpaksa mendapatkan maklumat kereta yang melanggar untuk claim insurans. Apa kejadah nak claim dari NCD saya?! Maka ke JPJ lah kami...

Maklumat kereta yang melanggar. Alahamdulillah masa kelisa tuh overtake 'bluberiti' saya sempat capai pen dan salin nombor plet. Bersyukur dilahirkan menjadi manusia yang complicated dan sangat details macam saya nih ;))

Apa² pun alhamdulillah saya dan hubby selamat tanpa sebarang kecederaan *hati saya jer terluka*. 'bluberiti' pun dah balik rumah sekarang. Dapat montot baru tapi lampu belakang belah kanan senget plak. Haishhh kena betulkan tuh. Nasib badanlah kan dapat tuan cerewet macam saya ;)

Oh ya terima kasih buat anggota polis Balai Polis Damansara yang mengambil repot dengan sungguh baik hati, Sarjan Zaiton dari IPD Petaling Jaya, Mr. Sai Kong dari SK Auto Workshop yang bagi saya kereta replacement untuk seminggu dan Mak Nana yang tak putus² diganggu panggilan telefon dari saya. Tenkiu!

No comments: