"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 September 2011

Ikan bakar Tasik Raban

Tengok tajuk pun dah tau sah² cerita makan ;)

Saya suka makan! Saya dan makanan memang tak boleh dipisahkan. Jangan sebut tentang makanan depan saya nanti boleh meng'kecur-liur'kan deria rasa saya. Haha ayat memang tak boleh blah :D

Okey tak payah merepek meraban. Kembali kepada cerita sebenar. Sebelum balik ke Puchong dari bercuti raya saya telah merengek ngengada nak pegi makan kat Restoran Ikan Bakar Tasik Raban. Ini baru kali kedua saya berpeluang makan ikan bakar kat situh. Baru dua kali jer hokey!

Sorilah gambo ikan bakar tuh memang nampak tak menarik sebab saya yang tak reti tangkap gambo tapi percayalah rasa ikan bakar tersebut humangaihhh memang mabeles! Sampai ke tulang saya meratah. Memacam jenis ikan ada. Tinggal nak pilih ajer pastuh dijirusnya dengan kuah percik yang takde kat tempat lainlah!

Selain daripada ikan bakar, kat restoran nih pun kemain bersusun lauk pauk yang ya ampunnn juling bijik mata saya nak memilih. Sementelah saya peminat setia gulai tempoyak maka gulai tempoyaklah yang menjadi pilihan. Senang cerita memacam adalah kat situh.

Cemana nak pegi? Restoran nih terletak kat sebelah kanan jalan besar kalo dari Kuala Kangsar nak ke Gerik. Korang harus melepasi simpang nak ke MRSM Lenggong dan melalui jambatan entah apa ke nama saya tak ingat. Aiseyyy sekarang kan semua orang ada GPS. Nak lagi senang sila guna GPS memasing yeak ;))

No comments: