"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

04 September 2011

Shopping Raya @ Saigon - Day 1a

Yuhuuu tajuk entri kemainnn lagikkk...

Ramadhan lepas dari 19 hingga 21 Ogos 2011, saya bersama dua orang partner in crime telah berjaya meloloskan diri membawa wang ringgit suami memasing bershopping sakan ke Vietnam atau lebih tepat lagi ke Saigon atau nama glemernya Ho Chi Minh.

Keluar saja dari kawasan airport ada signboard besar mengalu²kan kedatangan anda.

Ada cerita lawak bangang sebenarnya sewaktu ketibaan kami. Sebelum tuh terus terang saya cakap orang² Vietnam nih agaknya kalo bercakap memang kasar² plus muka garang² belaka. Bayangkan nak cop pasport kat imigresen ajer pun pegawai dia punya tenung macam nak makan orang!

Tuh belum lagi bab nak ambil teksi untuk ke hotel penginapan. Dia punya nak suruh kita bayar tambang teksi kat kaunter tuh sampai menengking, "Pay now! Pay now!" Ya ampunnn memang kecut perut. Darah komunis agaknya. Aduhaiii memang tak diajar menghormati tetamu luar nih.

Dah dapat teksi boleh pulak teksi yang disediakan kecil. Tak muat bonet teksi tuh dengan luggages gabak kami. Kami bertiga dah duduk bebaik dalam teksi *takut punya pasal!* boleh dihalaunya kami keluar. Luggages yang dah elok² letak dalam bonet boleh dicampaknya keluar. Secara ganas hokey! Gigil ketar lutut makcik. Dalam pada gigil ketar lutut tuh kami masih boleh dok bantai gelak. Tak pernah umur naik teksi kat negara sendiri kena halau siap luggage dicampak keluar tuh.

Alhamdulillah berkat pertolongan adik hensem jaga kaunter teksi tuh kami dapat teksi besar dan selamat sampai ke hotel penginapan. Kami bertiga menginap di Mai Hotel yang boleh dikatakan terletak di kawasan tengah bandar kat District 1. Cukuplah hotel 2 bintang memandangkan motif utama kami ke Saigon adalah untuk shopping!!! Kira hotel tuh tempat persinggahan letak beg baju dan tido ajer ;))

Oh lupa pulak nak kenalkan partner in crime saya...

Awek berbaju merah nih Ika namanya. Sahabat karib saya sejak Tingkatan 2 (1991). Sebenonya dah kenal sejak sekolah rendah tapi masa tuh dia sombong tak mau fren² dengan saya *haha tuh pun nak bagitau!* Dia ni lah mastermind dalam perancangan ke Saigon. Dia yang book flite tickets, dia yang book hotel, tak lupa jugak dia lah banker sewaktu kami kesempitan dan kesemputan kekurangan wang ringgit di Saigon.

Nih pulak Kila namanya. Juga sahabat karib saya tapi tidaklah sejak zaman sekolah walaupun kami sekelas. Dedolu kat sekolah Kila geng lain. Cuma bila memasing dah berusia beranak pinak *erk!* kami jadi rapat. Kila akan berangkat membawa diri dan anak² mengikut suami berpindah ke Saudi. Hah tuh jugaklah salah satu sebab kami ke Saigon kengkunon nak bercuti sesama sebelum berpisah sob sob :((

Okay kembali kepada cerita Saigon. Sampai ajer kat hotel untuk letak luggage memasing kami terus keluar semula jenjalan Saigon. Kengkunon nak terus ke Ben Thanh Market - pasar yang ada jual memacam barang basah dan kering tuh. Receptionist hotel kata kalo dari hotel ke pasar tuh hanya dalam 15 minit walking distance. Okaylah takat 15 minit jalan kaki bukan jauh sangat pun. Walaupun memasing berpuasa tapi gigih nak berjalan hokey.

Tapi... tapi kan selepas 15 minit berjalan kaki...

[bersambung...]

No comments: