"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

04 September 2011

Shopping Raya @ Saigon - Day 1b

[sambungan...]

Selepas bersemangat berjalan kaki mengeluarkan peluh di kala tengahari buta *Saigon sangat panas* lebih dari 15 minit... kami SESAT! Bukan sesikit punya sesat tapi entah dah ke mana arah kami berjalan pun tak tahulah.

Punyalah gigih mengadap peta kengkunon nak cari kat mana Ben Thanh Market tapi nan ado! Maaflah saya bab tengok peta memang hancus! Tanya kat orang² tempatan yang ada kat keliling tuh ya ampun diorang sangat tidak pandai berbahasa Inggeris. Jangan kata Inggeris jurus tinggi tapi Inggeris jurus pasar pun diorang tak reti.

Bila tanya memang diorang macam tahu yang kami nak ke Ben Thanh Market tapi bila diorang jelaskan cara nak pergi tuh aduhaiii siap tangan keluar simbol otromen tuh untuk bagitau ada simpang empat! Dah lah panas penat dan kalo ikut hati memang dah berbuka puasa disebabkan musafir hehe cuma tuh lah nasib baik kuat iman ;))

Memula memanglah kemain nak bergaya berjalan pakai sandal cecantik.

Oh ya tetengah berjalan kami telah melalui Masjid Musulman kat bandar Saigon. Dekat sesangat dengan hotel penginapan kami tapi tidak ler kami solat kat situh. Hiks!

Okay selepas berjalan kaki konfem melebihi 15 minit kami berjaya juga sampai di Ben Thanh Market. Penat tak hengat! Maka sesi shopping pun bermula. Oh hari pertama nih saya tak shopping banyak pun. Kira nak usha² dulu apa yang ada kat pasar tuh. Maklumlah kan motif utama pergi Saigon nak shopping maka memang kami peruntukkan 3 hari di Saigon hanya semata untuk bershopping :D

Lepas penat pusing pasar kami sepakat balik hotel semula. Masa balik ke hotel punya bijak kami bertiga nih kena tipu dek drebar teksi. Konfiden suruh drebar teksi pakai meter. Sudahnya kami kena bayar hampir RM21! Padahal mengikut kata receptionist hotel dari pasar balik ke hotel dan sebaliknya hanya USD1 hingga USD2 sahaja! *nangesss*

Sampai bilik hotel terus semua kebaboom!

Matlamat shopping diteruskan selepas Asar waktu tempatan sesambil tuh turut mencari restoran halal untuk berbuka puasa. Kali nih kami dah terer sket asal sebelum naik teksi untuk ke area Ben Thanh Market terus cakap "1 dollar!" Dah tiba area Ben Thanh Market punyalah berpusing pulak jalan kaki mencari restoran halal kat situh. Nasib baiklah ada kengkawan kat tanahair yang pernah ke Saigon maka ikut ajerlah arahan. Terima kasih kepada telefon bimbit.

Kami sampai kat Restaurant VN Halal hanya beberapa minit sebelum masuk waktu berbuka. Gambar makanan tak sempat ditangkap kerana memasing kelaparan macam tak pernah nampak makanan bertahun lamanya. Penat kot! Makanan kat sinih okay dan harga memang berpatutan.

Lepas makan sambung jenjalan pasar malam pulak. Gila tak penat korang ek! Entah jam berapa baru pulang ke sarang saya lupa pulak tapi shopping hari pertama berjalan lancar walaupun kena halau keluar teksi plus kena tipu tambang teksi.

No comments: