"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

05 September 2011

Shopping Raya @ Saigon - Day 2a

Sambungan jenjalan shopping kat Saigon untuk hari kedua...

Sebelum tuh nak bagitau untuk hari kedua di Saigon kami hanya bersahur maggi cup diletak serunding daging. Alhamdulillah ada jugak makanan kan. Pihak hotel memang ada sediakan sarapan tapi diorang tak dapat nak siapkan khusus untuk kami yang nak bersahur seawal 4 pagi! *waktu Saigon awal sejam dari Malaysia*

Rupanya eh kat depan hotel kami menginap tuh ada perhentian bas. Semalam masa sampai memang tak tau tapi bila perhati bebetul rupanya bas tuh pergi ke Ben Thanh Market. Manjanglah Ben Thanh Market kan!

Maka untuk hari kedua kami ke Ben Thanh Market naik bas ajer. Tambang VND4,000. Lebih murah dari naik teksi USD1 / USD2. Hanya kami bertiga ajer yang naik bas dari area hotel tuh tapi biasalah kan bas sangkut² maka dia berenti² ambil orang. Seronok! Lagipun entah bila kali terakhir saya naik bas sangkut² kat negara sendiri pun dah tak ingat.

Dalam Ben Thanh Market nih memacam ada so tak payahlah susah payah nak ke sana ke mari mencari kedai menjual barang² yang nak dibeli. Besar jugak pasarnya. Kira berpeluh jugaklah ketiak haha.

Selepas membeli belah pakaian, kain ela, cekelat etc etc maka kami meneruskan pencarian kopi Vietnam. Bukan senang nak cari kopi Vietnam yang halal. Dah lah diorang tak faham bahasa Inggeris maka serupa ayam dan itik bercakap! Kebetulan mamat kedai kat gambo atas nih ajerlah yang boleh berbahasa Inggeris sesikit. Rezeki dia agaknya sebab ada jual kopi Vietnam berlogo halal Jabatan Agama Islam Vietnam. Apalagasss borong kopi berkilo. Macam kat Malaysia takde kopi hehe ;))

Selepas penat membeli belah untuk hari kedua kami gerak balik ke hotel. Letak barang. Rehat sekejap golek² atas katil kemudian terus cargasss keluar semula untuk sesi mengurut badan plus mencari makan berbuka puasa.

Spa kat Saigon nih murah sesangat! Kami ambil pakej full body massage untuk sejam setengah harganya cuma VND240,000 atau bersamaan USD15 atau bersamaan RM45. Sapa nak bagi harga tuh kat Malaysia diknon?! Maaf sesangat lupa pulak saya nama spa nih. Puas hati kena urut kat sinih. Tukang urut cecomel belaka tapi sekali dia rentap umangaih memang berdetap detup tulang badan.

[bersambung...]

1 comment:

aZuMaya said...

seronok kan dek non pie saigon,, perghh mmg mantop..tak tahulah bila lagi boleh pergi ,,,salam perkenalan ..akak polo sekali lah,,,jgn lupa singgah blog akak