"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

14 January 2012

Shopping Raya @ Saigon - Day 3

Sambungan cerita Saigon yang ala² pekasam ^.^

Sebenarnya hari ketiga merupakan hari terakhir kami di Saigon. Memandangkan flight malam makanya siang hari masih gigih ke Ben Thanh untuk ke sekian kalinya. Masa nih lah nak tambah² beli apa yang patut. Kira kasik licin VND gituh!

Sempat Ika dan Kila menempah baju kurung. Jangan tak tahu tukang jahit kat Ben Thanh nih boleh siapkan tempahan baju kurung dalam masa beberapa jam sahaja! Best kan kalo tinggal kat Saigon musim² raya. Tak payah sesusah sesedih takde baju raya. Sekejapan ajer boleh tempah dan ambil pada hari yang sama!

Puas pusing² Ben Thanh buat kali terakhir barulah kami sempat singgah Hard Rock Cafe. Tak besar mana pun outletnya. Pilihan pun tak banyak tapi bolehlah kalo takat nak beli sehelai dua t-shirt buat kenangan. Jangan takde orang kata (O_o)

Sampai bilik hotel memasing gigih sumbat barang dalam luggage...

Tu dia hasil pelaburan VND, USD dan RM saya!!! Masa mengemas nih lah baru menyesal bawa luggage kecik. Kengkunon konfiden tak pandai soping tak tau nak beli apa. Belakang tengok siap bawa balik kotak Vietnam... over!

Memandangkan luggage saya tak muat makanya terpaksa menumpang hasil pelaburan dalam beg Kila. Tak malu!

Pose akhir di epot Saigon. Tengok tuh siap kotak Vietnam saya angkut. Gila babas soping tak sedar diri tapi eh boleh excuse kot sebab saya bawa luggage kecik hehe :D

Selamat sampai KLIA bebetul jejak tengah malam. Memandangkan entah bila tak tau dapat bercuti lagi sesama maka kami pakat² beli t-shirt Hard Rock serupa. Mana tau kot rindu pensopingan bersama nih bolehlah pakai t-shirt tuh. Haha ayat tak boleh blah!

Babai Saigon. Till we meet again tsk tsk :'(

Adios with LoL ^.^
*cHiQuE CoMeL*

No comments: