"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

05 February 2012

Minum cara Rasulullah s.a.w

Salam Maulidur Rasul dari Ho Chi Minh City!!!

Sempena sambutan Maulidur Rasul harinih maka saya berbesar hati untuk berkongsi dengan semua sedikit maklumat kesihatan yang diamalkan oleh junjungan besar kita Muhammad Rasulullah s.a.w.

Rasulullah s.a.w amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Baginda juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa² di waktu pagi.

Antara khasiat² amalan ini:
1. Menghilangkan balqham (kahak / lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa² makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar
4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sendu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati

Ringkasan adab minum Nabi:
1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah "Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas
4. Minum dengan keadaan duduk
5. Jangan bernafas ke dalam air
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap pernafasan) bacalah "Alhamdulillah"
7. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri
8. Jangan terus minum selepas dari melakukan persetubuhan ataupun setelah selesai mengerjakan kerja² berat
[Sumber: Khazanah Ilmu]

Selamat beramal!

Muahsss ^.^
*cHiQuE CoMeL*

No comments: