"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

01 April 2012

Edisi pekasam: SGN040212

[Day 1]

Alhamdulillah Februari yang lepas saya dengan jayanya telah membawa ayah, emak dan incik asben jenjalan shopping kat Ho Chi Minh City (HCMC), Vietnam. Ini merupakan kali kedua saya ke HCMC. Kali pertama adalah pada bulan puasa September 2011 yang lepas. Masa tuh pergi dengan BFF - Ika dan Kila. Motif yang sama - shopping!!!

Kami bertolak flight pertama jam 9.10 pagi. Jam 6 pagi dah keluar rumah memandu sendiri. Sempat berhenti solat Subuh kat masjid Sepang nun (tak tau nama masjid tuh). Pastuh park bluberiti kat carpark epot then terus zasss check in.

Kat epot LCCT sebelum boarding. Naik AirAsia jer lah kita yeak...

Dalam flight saya dan incik asben duduk seat biasa jer. Ayah dan emak saya ambilkan HotSeat. Besar sikit dan selesa untuk mereka sepanjang dua jam perjalanan tuh.

Wokey dah sampai Tan Son Nhat International Airport. Kebetulan masa kami pergi nih memang ada cuti panjang dan ramai betul Malaysian pergi HCMC.

Sampai ajer kat HCMC terus ambil teksi ke A & Em 150 Le Thanh Ton Hotel. Alah hotel kecil cikai jer tapi puas hati sebab kedudukannya memang bebetul berhadapan dengan Ben Thanh Market. Dari epot ke hotel tambang teksi Vinasun VND150,000 (MYR24 - MYR25).

Lepas berehat sekejap dan solat kami turun mencari makan. Kalau ikutkan sebenarnya ada jer restoran halal kat area hotel tuh tapi memandangkan nak merasa jalan jauh sikit maka saya bawa ayah, emak dan incik asben ke Saigon @ Halal. Boleh tahan jauh jugaklah naik teksi Vinasun USD3 (MYR9 - MYR10).

Sementara menunggu makanan sampai sempat emak nak bergambar dengan waiter comel nih. Lupa plak namanya. Budak Muslim Melayu Champa tapi tak reti pun cakap Bahasa Melayu. Comel kan *wink wink*


Makan tengahari ayah yang belanja *tenkiuuu* Boleh kata mahal yaaa ampun jugaklah harganya. Lepas makan kami singgah kat Masjid Jamia Al Muslimin (Musulman Mosque) yang merupakan masjid pusat kat HCMC. Masjid nih terletak berhadapan dengan Halal @ Saigon. Lintas jalan dah tiba.

Dah makan. Dah solat. Jom kita shopping!!! Tuh dia kanan kiri depan belakang penuh hazab dok bawak barang. Semangat kemain nih. Almaklumlah pasar beli belah depan hotel kan. Kira memang ada harapan turun naik bilik hotel - pasar.

Hari pertama dihabiskan dengan lepas Maghrib turun lagi beli belah kat pasar malam depan hotel. Sorry gambar pasar malam untuk hari pertama takde sebab photog keletihan pengsan kat bilik hotel kehkeh.

Sekian untuk hari pertama di HCMC ^.^

No comments: