"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

02 April 2012

Edisi pekasam: SGN050212(a)

[Day 2]

Pepagi lepas sarapan kat hotel kami berempat gigih naik teksi ke kedai Hajjah Basiroh. Kali pertama datang dulu saya pernah pergi kedai jual telekung dan baju² kurung orang pempuan nih. Kalau dari area Ben Thanh Market ke kedai Hajjah Basiroh harga teksi Vinasun USD6 (MYR18 - MYR20) sehala. Kalau kena caj lebih dari tuh memang kena tipulah!

Pose manja ala² gituh sementara menunggu Hajjah Basiroh kira harga segala telekung² dan baju² kurung yang dibeli. Humangaihhh beli belah tak hengat macam nak bisnes kat tanahair gituh!

Balik dari Hajjah Basiroh singgah hotel dulu letak barang lepas tuh terjah Four Season Restaurant untuk makan tengahari. Jauh jugak tuh kalau naik teksi Vinasun dalam USD3 (MYR9 - USD10) sehala. Balik semula ke area Ben Thanh Market untuk sesi shopping seterusnya.

Ayah nak beli topi keledar Vietnam. Memacam pesen topi keledar ada. Memandangkan kedai nih sesatunya yang jual topi keledar kat area Ben Thanh Market maka harganya agakkk mahal! Tak boleh nak kurang langsung. Sudahnya ayah dapat sambar sebiji jer. Tuh pun entah bila nak pakai pun tak tahu. Sah² topi keledar Vietnam nih takde cap Sirim. Harapkan pesen kiut miut jer yang lebih.

Meeting anak beranak tepi jalan. Sepanjang tepi² jalan tuh memang ramai penjual makanan dan buah²an. Macam makanan tuh memang lah konfem tak halal maka kita beli buah ajerlah yeak.

Kat HCMC nih memang kenderaan utama adalah motosikal. Tuh cuba tengok kat belakang saya dan emak kemainnn banyak motosikal wei! Memula memang takut² jugak nak melintas jalan tapi memandangkan ini kali kedua saya di HCMC maka macam dah terer lah melintas jalan gituh. Caranya? Lintas jer buat dek nanti motosikal² tuh yang mengelak dari melanggar kita. Kalau kat Malaysia jangan haraplah gituh kan?

Tadaaa pose manja di tepi jalan HCMC sebelum malam menjelang ^.^

No comments: