"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

02 April 2012

Edisi pekasam: SGN050212(b)

[Sambungan Day 2]

Aktiviti malam hari kedua di HCMC dimulai dengan meredah pasar malam. Lagi sekali? Semalam pergi pasar malam sebelah kiri hotel. Kali nih pergi pasar malam sebelah kanan hotel pulak. Adil dan saksama gituh hehe.

Emak kalau bershopping memang memang memang... saya speechless. Oh ayah saya pun pandai bershopping tau. Kemain belikan baju untuk cucu²nya.

Kat HCMC nih tak kiralah kalau beli belah kat Ben Thanh Market mahupun pasar malam kena terer tawar menawar. Kalau berani terus letak 70% less. Betul tak tipu! Kadang terpaksa jadi orang jahat minta harga murah. Memula memang pekedai tuh marah² (mungkin sumpah seranah dalam bahasa Vietnam) jual mahal tak mahu jual kat kita. Pastuh buat² lah blah dari kedai tuh. Nanti dan² dia kasik kurang harga. Dah dia bagi murah tuh kan maka belilah. Jangan kita jual mahal tak mau beli pulak. Harus kena makan sumpah seranah tujuh keturunan nanti!

Kat pasar malam nih memang ramai orang jual pulut warna warni. Bau harummm semerbak. Nak beli dan rasa tak boleh pulak. Status kehalalan amat diragui. Jadi sila ambil bau ajerlah yeak.

Lepas jalan pasar malam kengkunon nak cari makan lah kan. Punyalah saya tanpa sengaja dah terbawa ayah dan emak berjalan HCMC lebih satu kilometer kot! Orang kat HCMC nih kan kalau tunjuk arah kunon macam dekat ajer. Padahal hamik kauuu berpeluh ketiak tak tau nak cakap.

Sempat pose di tepi jalan yang sibuk di HCMC kala malam hari. Masa nih tengah gigih menongkah jalan kat HCMC tuh cari kedai makan halal. Jauhhh yang amat. Nasib baik ayah dan emak takde komplen. Kesian jugak dekat diorang. Incik asben offer naik teksi tapi tengok diorang pun rileks ajer berjalan.

Alhamdulillah berjaya sampai Vietnam Delights. Masa hari kami makan tuh restoran nih baru dibuka tiga hari. Okaylah menu yang ada. Semua pun Vietnam cuisine dengan portion yang besar bley makan reramai. Harga berpatutan. Tokey kedai nih pandai cakap Melayu pelat Kelantan. Senang nak berurusan tanya tuh tanya nih.

Usai makan nak balik hotel. Kali nih tak larat dah nak menongkah satu kilometer tuh. Maka kami pakat tahan teksi depan restoran terus ke pasar malam. Tambang teksi USD2 (MYR6 - MYR7). Pusing² pasar malam lagi. Agak² dah sarat beg shopping Ikea tuh maka mohlah pulang ke sarang...

No comments: