"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 April 2012

Edisi pekasam: SGN060212

[Day 3]

Harinih merupakan hari terakhir di HCMC. Rasa tak puas sebenarnya tapi apa boleh buat waktu yang ada sangat terbatas. Ayah saya tuh sibuknya kadang kalah menteri. Ini pun sepanjang bercuti ada saja panggilan telefon yang masuk.

Aktiviti hari ketiga dimulai dengan last minit shopping di Ben Thanh Market. Manjang lah ulang alik pasar nih. Mementang depan pintu hotel jer kan. Ayah dan emak sempat pose depan tugu kat rondebot berhadapan Ben Thanh Market.

Masa nih lah teringat kain pasang belum beli. T-shirt belum beli. Fridge magnet dan keychain yang dah beli tak cukup kena tambah lagi. Oh poskad takde lagi. Adoyai memacamlah kan. Biasa tuh last minit kekdahnyaaa...

Sementelah flight balik jam 5 petang maka kami late check out jam 2 petang waktu tempatan. Kena bayar tambahan USD17 (MYR50 - MYR55).

Nih lah drebar kami dari hotel ke epot. Muda lagi budaknya dalam 24 tahun. Sepanjang kami kat HCMC asal naik teksi jer semua drebar pun tak reti nak cakap English. Payah betul nak bertanya itu ini. Tapi drebar yang nih boleh cakap sesikit. Puaslah kot ayah interview dia hehe.

Tuh diaaa luggage beranak. Datang bawak empat beg jer tapi balik jadi lima beg. Nasib baik berat tak melebihi malahan berkurang banyak pulak tuh. Kalau ada penimbang kat hotel mahu dah ditambah kasik padat segala beg yang ada. Malangnya kat hotel tuh takde penimbang!

Flight AirAsia kalau takde delay memang tak sah! Nasib baik delay tak lama. Nih lah flight kami baru sampai tengah dok punggah barang. Sebijik sebijon boleh nampak diorang buat kerja.

Alhamdulillah kami empat beranak selamat mendarat di LCCT lebih kurang jam 7.30 malam. Dinner terus kat OTWC (ayah berbuka puasa sunat Isnin) dan terus zasss balik Puchong dan selamat sampai lebih kurang jam 10 malam.

Hahhh nih ajerlah barang² yang saya beli kat HCMC. Bukan banyak mana pun tapi kopak jugaklah duit tabung ribu raban. Fikir² balik apalah sangat duit yang ada kalau nak dibandingkan dengan tengok ayah, emak dan incik asben hepi dapat jenjalan. Speechless!

Sekian watammat cerita jenjalan HCMC. Daaa...

No comments: