"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

27 June 2012

Edisi pekasam: LGK240212

Wiehuuu! Lama saya tak updet blog kan? Hah takde siapa yang rindu pun kan? Nih baru tergerak hati nak updet pasal percutian yang dah masuk kategori pekasam. Lama sangat diperam!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi pada penghujung Februari yang lepas saya telah dimewahkan rezeki olehNya. Maka dengan itu saya berbesar hati membawa ayah, emak dan Fatin jalan² cuti² shopping² ke Langkawi. Dah sah² nak sponsor orang kan maka tak sah kalau saya dan asben tak ikut sama hehe :)

Kami diterbangkan ke destinasi dengan menaiki pesawat MH1430 berlepas dari KLIA pada jam 8.30am. Alhamdulillah lebih kurang jam 9.25am kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi. Oh lama rasanya saya tak ambil bau Langkawi!


Oh ya sebelum sambung cerita pasal Langkawi sebenarnya kami hampir² ditinggalkan kapalterbang sewaktu di KLIA. Mana taknya flight jam 8.30am tapi jam 8am masih duduk bersenang lenang makan sarapan pagi kat cafe. Sekali hah mencicit berlari nak ke pintu yang nunnn jauh di hujung sana! Kesian emak nak berlari tak larat.

Nasib baik urusan kami dipermudahkan. Ada makcik drive buggy lalu dan berbesar hati nak menghantar kami ke hujung pintu nunnn jauh di sana. Dah macam retis uols! Semua orang kanan kiri pandang² mungkin sebab nak kata artis bukan artis tapi dapat keistimewaan naik buggy. Laju pula makcik tuh drive. Phewww! Kira cun² lah sampai kat pintu boarding tuh. Rezeki emak :)


Pose ala² comel selepas turun kapalterbang. Nanti orang kampung tak percaya pula kan kehkeh. Sepanjang perjalanan semua okay kecuali seat untuk emak dan ayah saya bayar lebih untuk dapatkan seat besar. Yelah selesa sikit mereka kan tapi sayang seribu kali sayang rupanya seat bayaran lebih tuh sama ajer besarnya dengan seat kami yang bayar murah! Kesabaran ajerlah kan...

Sampai Langkawi terus check in Mali Perdana Resort. Alhamdulillah dapat bilik cantik bebetul menghadap Pantai Cenang. Kira kalau ditakdirkan ada tsunami memang bilik tuh kena dulu lah. Na'umzubillah! Sementara menunggu ayah dan asben solat Jumaat, saya, emak dan Fatin membantai golek² mentidur!


Aktiviti hari pertama adalah jalan² sekitar jeti Kuah. Sempat singgah Haji Ismail Group beli kuali bakar ikan dua biji. Satu emak. Satu saya. Hahaha saya nak juga kuali tapi entah bila nak guna pun tak tahulah! Emak beli entah apa lagi barang² dapur pun saya tak ingat. Murah katanya.

Selepas gigih shopping kuali, cokelat dan entah apa lagi tak ingat, kami bergerak ke tapak burung helang Langkawi tuh. Tugu Helang? Pose sana. Pose sini. Tak kuasa saya nak uplod gambar bebanyak kat blog nih. Ramai sangat pelancong kat tugu tuh masa kami sampai.


Paling tak boleh blah pelancong nih! Kemain nak pose cantik sampai baring² gituh kehkeh ;))

No comments: