"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

28 June 2012

Edisi pekasam: LGK250212(a)

Selamat pagi Langkawi!!!

Buka jer pintu bilik nampak pantai nan indah terbentang luas. Bahagianya rasa kalau setiap hari bangun² tidur nampak pantai kan. Nyamannn :)

Hari kedua di Langkawi merupakan hari jenjalan serta makan² dan misi mengempiskan beg duit untuk shopping. Tapi sebelum tuh di pagi kedua nan indah kami berhasrat nak main air di gigi pantai.

Mem nak main air pantai. Layannn...

Masa nih dalam jam 7.30 pagi. Memandangkan resort yang kami tinggal agak jauh sikit dari bahagian Pantai Cenang yang sesak maka rasa syiok ajer bila berjalan main² tepi pantai tanpa sebarang gangguan. Ala² macam private beach gituh!

Sibuk cari harta karun kot mana tau jumpa hah bolehlah jadi Ahmad Albab.

Selesai bersarapan terus bersiap nak jenjalan keliling Langkawi. Kalau ikutkan senarai kemain banyak tempat yang nak dituju. Langkawi Cable Car. Idaman Suri. Haji Ismail Group (lagi?). Pasar malam Kuah. Lagi? Lagi?

Oh sungguh comel awek bertudung hitam itu *wink wink*

Semangat!

1 comment:

Anonymous said...

salam tumpang tanya..boleh tau resort mana awak stay kat langkawi aritu..tgk gambar macam menarik..saya nak ke sana nnt tapi masih mencari peninapan yg menarik..