"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

29 June 2012

Edisi pekasam: LGK250212(b)

Destinasi pertama misi jenjalan hari kedua di Langkawi adalah...

Langkawi Cable Car!!!

Ini merupakan kali kedua saya dan asben menaiki Langkawi Cable Car tapi masa saya dan asben datang kali pertama dulu, tempatnya memang baru sangat dibuka. Tak ramai orang. Kedai² jualan pun tak banyak lagi. Kali nih hasrat hati saja bawa ayah, emak dan Fatin merasa. Bukan selalu pun nak dapat naik kan?

Emak siap² beli asam dulu sebagai ubat mengelakkan mabuk kereta kabel hikhik ;))

Ok tunggu giliran nak naik kerata kabel. Emak tengah menggerun masa nih. Beriyer tak mahu naik sebab seriau.

Emak tak larat nak panjat tangga naik ke pelantar pemandangan. Jadi kami tinggalkan emak duduk tunggu kat platfrom.

Pemandangan dari pelantar. Cantikkk :)

Ok kita akan turun ke jambatan gantung di bawah :)

Cheh muka bersemangat kunon. Sebab turun gunung kekdahnya kan.

Lutut ketar sebab memang jambatan gantung nih bergoyang bila ditiup angin kuat. Di puncak gunung katanya kan!

Kanan kiri depan belakang semua gunung² batu². Tengok tuh jer lah. Tak pun tengok laut.

Hah sila gigihkan semangat memanjat semula gunung. Kunon masa turun ke jambatan gantung kemain laju kan. Nih nak naik semula ke platform memang... minta nyawaaa!

No comments: