"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

30 June 2012

Edisi pekasam: LGK250212(c)

Selepas penat lenguh kaki ala² mendaki gunung kat Langkawi Cable Car, dengan kentalnya terus bergegas langsung tak buang masa pergi ke Underwater World Langkawi pula. Ayah dan emak nak tengok penguin!

Ini sebenarnya entah kali ke berapa saya masuk Underwater World nih pun dah tak ingat. Eceh! Bukan apa zaman belajar kat UUM dulu Langkawi nih dah macam rumah kedua. Eceh lagi sekali!

Lagipun dua belas tahun dulu saya pernah manjalani praktikum (latihan industri ek?) kat Rebak Marina Resort. Maka pernah lah jejak masuk Underwater World. Lepas tuh pernah datang bercuti di Langkawi dengan asben sebelum nih. Masuk juga tengok apa ada kat dalam Underwater World. Itu yang sampai entah tak ingat berapa kali masuk.

Ada macam² spesis penguin kat dalam Underwater World nih. Yang botak ada. Yang berjambul ada. Yang cun ada. Yang hensem pun ada. Sayangnya tak dapat pegang. Kalau tidak mahu saya gomol² geram tengok si perut boroi tuh.

Selain daripada penguin sebenarnya ada banyak lagi spesis haiwan yang hidup dalam air dipamerkan kat Underwater World nih. Ada juga tunjuk haiwan daratan. Dekat kawasan luar akuarium ada burung² ayam² itik². Memerang baru lepas beranak pun ada.

Muka keletihan selepas penat berjalan :)

Oh ya sebenarnya aktiviti hari kedua belum berakhir. Keluar saja dari Underwater World terus zasss ke pekan Kuah. Masa untuk shopping pinggan mangkuk kuali periuk belanga di Idaman Suri dan cari makan di pasar malam Kuah.

Semasa di pasar malam Kuah sempatlah berjanji nak jumpa ex Boss saya waktu praktikum di Rebak Marina Resort dulu. Main jumpa tepi jalan ajer. Fizikal tak berubah langsung ex Boss saya tuh. Keding macam dulu kehkeh. Sori Boss :))

No comments: