"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 July 2012

Edisi pekasam: LGK260212

Hari terakhir percutian singkat di Langkawi. Kami menaiki flight MH1459 berlepas ke Kuala Lumpur jam 7.30pm. Oh memang sengaja ambil penerbangan lewat petang sebab tak mahu ribut² packing barang plus sempat sesangat buat memacam aktiviti di minit² terakhir.

Tengahari dok jenjalan lagi. Pekena lunch kat kedai makanan siam tepi jalan (tak tahu nama). Banyak sekali pilihan makanan plus memang sedap! Lepas makan tengahari singgah Duty Free Zone cari lagi cokelat. Last minute shopping!

Sebelum berangkat ke lapangan terbang singgah lah pula pekena laksa langkawi, cendol dan pasembor tepi pantai bersebelahan lapangan terbang tuh. Sebenarnya tengahari semalamnya dah makan bermangkuk laksa langkawi dan pasembor tapi sebelum balik harusss pekena lagi. Takut nanti rindu!

Macam dah menjadi kebiasaan kalau pergi bercuti memang tak sah kalau beg tak beranak pinak. Tambahan satu beg special bought from Langkawi ;))

Selamat tiba di KLIA jam 8.30pm. Kalau diikutkan rasa memang tak puas. Sekejap sangat tapi memandangkan kesibukan ayah yang tak dapat nak bercuti lama maka cukuplah percutian untuk kali nih. Insya Allah kalau dimewahkan rezeki dan diizinkan Allah maka akan dijejaki bumi Langkawi sekali lagi dan lagi dan lagi :)

Gambar terakhir percutian ke Langkawi. Merata sana sini ada ABAI nih. Sendiri mau ingat!

No comments: