"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

Monday, November 26, 2012

Edisi pekasam: BKI021112

Wiehuuu!

Awal bulan harituh saya dan asben jenjalan Kota Kinabalu. Ayah dan emak sebenarnya yang nak ke sana tapi saya dan asben sebagai tour guide tak bertauliah maka wajibulghunnah ikut bersama. Rezeki jangan ditolak!

Ini merupakan trip saya ke Kota Kinabalu yang ke... hmmm ke banyak kali sampai dah tak ingat berapa. Eceh ayat riak di situh kehkeh :) Kali terakhir adalah pada Musim Piala Dunia 2010.

Memandangkan flight pada awal pagi maka kami bersarapan di airport saja. Cukup alas perut ringan² sebab nanti dalam flight tentu dapat makan lagi :)

Hahhh kan dah kata dapat makan dalam flight. Saya tak ingat nama menu nih tapi lebih kurang macam kuey teow halus letak ayam. Oklah boleh makan...

Hasil rampasan semasa di dalam pesawat ;))

Dah sampai... yay!

Tujuan utama ayah dan emak membawa saya bercuti ke Kota Kinabalu kali ini adalah semata nak pergi shopping kat pasar ikan masin udang kering dan yang sewaktu dengannya. Boleh?

Kalau pergi Kota Kinabalu tak sah kalau tak pekena seafood. Terbaekkk! Nak yang fresh ada. Nak yang siap dibakar pun ada. Ikutlah selera tekak memasing.

Gabaknya udanggg!!! Geram kan?

Yang bulat² dicucuk dengan lidi tuh namanya sotong katak. Erk tak tergamak tekak saya nak telan sebab ada nama katak di situh :(

[Bersambung...]

No comments: