"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

27 November 2012

Edisi pekasam: BKI031112

Tiada sebarang aktiviti istimewa untuk hari kedua di Kota Kinabalu :"(

Kalau diikutkan hati muda mahu saja saya naik teksi dua setengah jam perjalanan ke Kundasang. Lepas tuh menjelajah Kinabalu Park. Tak lupa untuk singgah di Poring Hot Spring. Tetapi memandangkan saya membawa warga emas *uhuks* maka terpaksalah niat murni berhati muda diabaikan. Mungkin itu tandanya saya bakal datang lagi dan lagi ke Kota Kinabalu. Insya Allah.

Makanya sebagai tour guide tak bertauliah dan tak tahu ke mana arah nak dituju, saya telah membawa ayah dan emak ke 1Borneo! Dikhabarkan bahawa besarnya 1Borneo nih kalah MidValley Megamall. Boleh tahan jauh juga 1Borneo nih dari pusat bandar. Tambang teksi RM30 sehala!

Sebelum sampai ke 1Borneo uncle teksi singgah di Masjid Terapung Likas. Cantik kan :) *pandainya saya tangkap gambar*

Jenjalan Kota Kinabalu kali nih kira macam hadiah anniversary ayah dan emak yang ke 37 gituhhh :)

Keluar dari 1Borneo lebih kurang jam tiga petang. Oh ya lupa nak bagitau yang Kota Kinabalu memanjang hujan sejak kami sampai. Hujan rahmat mungkin. Sesampainya di pusat bandar terus gigih ke pasar. Ayah dan emak shopping ikan masin udang kering dan yang sewaktu dengannya lagi...

Malam kedua pakat nak makan seafood lagi tapi kali nih nak yang fresh pula. Sebenarnya kalau ambil yang fresh lepas tuh suruh orang kedai masak harganya adalah lebih murah berbanding beli yang dah siap masak. Kalau tak percaya cubalah...

Huh gerammm gerammm!

Goreng pun sodappp!

Gambar makanan yang dipesan memang tak ada sebab emak tak bagi tangkap gambar. Katanya bagi menjaga hati pelbagai pihak yang tak dapat ikut makan seafood bersama kat Kota Kinabalu. Huh! Tak dapat langsung saya nak beriak gumbira tunjuk muka makan seafood :(

[Bersambung lagi...]

No comments: