"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

27 November 2012

Edisi pekasam: BKI041112

[Tiada gambar untuk hari ketiga yang juga merupakan hari terakhir di Kota Kinabalu. Penyakit lupa nak tangkap gambar dan malas nak bawa kamera menyerang...]

Pagi tak pagi sangatlah kami dah menaiki teksi ke Pasar Minggu Gaya. Sebenarnya boleh ajer kalau nak jalan kaki dari hotel penginapan ke pasar minggu tuh. Cuma memandangkan kesian kat emak nak kena berjalan maka moh lah kita pakat bayar tambang teksi RM10.

Lama juga hadap pasar minggu tuh. Sempat ayah dan emak berurut kaki. Sampai satu peringkat saya rasa nak pitam dek kepanasan membahang (jam 11 pagi di Kota Kinabalu bersamaan jam 12 tengahari di Semenanjung) lantas terus saya dibawa masuk ke dalam bank kengkunon nak cucuk duit padahal nak ambil ekon ;))

Kami late check out jam 2 petang memandangkan flight pulang jam 4.10 petang. Sampai airport timbang beg semua kena 4kgs lebihan dan harus bayar RM60! Sah² bukan barang saya yang terlebih berat tuh kannn...

Dalam flight sepanjang perjalanan pulang memang tak selera nak tangkap gambar. Manjang rasa nak tidur. Badan dah rasa seram sejuk nak demam. Eh masa balik nih kan in-flight dinner sedap wooo nasi beriyani uols. Hmmm bab makan saya tetap makan :)

Oh ya masa saya book flight tak tahu langsung pun ada transit. Rupanya ada singgah di Labuan. Transit setakat 40 minit dan semua penumpang ke Kuala Lumpur tidak dibenarkan turun. Jangan kata nak tengok, nak ambil bau Labuan pun tak dapat!

Alhamdulillah selamat sampai Puchong lebih kurang jam 10 malam. Lembik! Insya Allah saya akan pergi Kota Kinabalu lagi dan lagi. Selain dari misi makan seafood, masih ada lagi misi saya yang belum terlaksana kat sana iaitu teringin sangat nak tengok Gunung Kinabalu dengan mata kepala sendiri.

Kota Kinabalu, tunggu saya datang lagi ya...

No comments: