"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

04 December 2012

Edisi pekasam: USS121112(a)

Sambungan cerita jalan² Universal Studio Singapore (USS)...

Sebagaimana post terdahulu, kan dah bagitau yang saya ambil pakej ke USS maka pagi tak pagi sangat lah dah kena tunggu bas untuk masuk Singapura. Kira macam rombongan cik kiah lah gituh.

Kita minummm dulu :)

Bas rombongan bertolak dari hotel lebih kurang jam 9.30 pagi. Macam biasalah dah namanya serupa rombongan kan maka ada lah yang meleceh. Dah tahu bas nak jalan jam 9 pagi tapi jam 9.15 pagi baru nak lenggang kangkung keluar dari bilik hotel. Lempang kang!

Perjalanan ke Singapura berjalan lancar. Cuma... cuma urusan di imigresen Singapura memang lembab yang amat! Boleh terkena lane yang saya beratur tuh "staf cemerlang" yang bertugas. Setakat nak cop pasport ajer pun tapi dia ambil masa lama gila. Dah bagi pasport nak pulak tengok kad pengenalan. Mengada betul!

Been there!

Sampai di USS dah hampir tengahari *sigh* Rasa macam sepagian terbuang begitu saja. Tanpa membuang lebih banyak masa saya dan asben terus zasss masuk dalam. Punyalah ramai umat ya ampunnn...

Done that!
Tak agak² nak duduk depan sekali tapi frust sangat sebab tak sempat posing comel masa lalu kat kamera tuh :"(

Ok cukup kot untuk post kali ini. Nanti saya sambung...

No comments: