"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

21 May 2013

Edisi #SpiritualJourney2013 (Siri 1)

Assalamualaikum...


Alhamdulillah sekali lagi saya dijemput untuk menjadi tetamu Allah; menunaikan umrah dan ziarah pada 31 Januari sehingga 12 Februari 2013. Kali ini pemergian saya bukan hanya bersama ayah dan emak sebaliknya incik asben ikut bersama.


Penerbangan sepatutnya berlepas lebih awal (jam 5 petang) namun tak tahulah kenapa delay hampir setengah hari. Kesian sangat dekat atok² nenek² pakcik² makcik² yang tua² tuh tetapi mungkin memikirkan ini adalah perjalanan ke rumah Allah makanya semua pun redha ajerlah.

Penerbangan menaiki pesawat Yemenia (Yemeni Airlines) berlepas pada jam 8 malam waktu tempatan. Transit di 2 persinggahan. Berhenti di Dubai, UAE lebih kurang 2 jam (jemaah umrah tidak dibenarkan turun dari pesawat) dan kemudian di Sana'a, Yemen. Memandangkan transit di Sana'a agak lama (13 jam) maka kami jemaah umrah dibawa ke hotel transit. Perjalanan ke hotel transit jauh sangat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a. Sudah lah pesawat mendarat pepagi buta (3 pagi waktu tempatan). Cuaca memang sejuk yang amat. Jangan ingat tanah arab takde tempat sejuk!


Usai bersarapan pagi di hotel transit. Waktu gambar ini ditangkap, matahari dah naik sebenarnya tapi cuaca di luar hotel memang redup dan sejuk. Nyaman ala² Genting Highland gituh! Duduk kat tanah arab pun boleh fefeeling europe :)

Selesai makan tengahari di hotel transit, kami bersiap untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sana'a semula. Penerbangan terus ke Jeddah sepatutnya berlepas pada jam 3 petang waktu tempatan namun tak tahu ada masalah apa, pesawat berlepas agak lewat. Masa nih memasing dah pakai ihram dan sebaik saja pesawat berlepas kami mula berniat umrah di dalam pesawat. Takut nanti terlepas miqat buat naya ajer kan!


Sekali lagi kami menaiki pesawat Yemenia. Nahhh makanan di dalam pesawat. Rasa macam sebeban nak dihabiskan. Memang sepanjang perjalanan boleh kata cukup makan lah. Malah berlebih lagi. Sekejap makan. Sekejap makan.

Selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah lebih kurang jam 8 malam. Selesai ambil bagasi bergegas ke tempat bas yang dah siap sedia menunggu. Jauh. Kalau diikutkan memang banyak betul cabaran dan dugaan; dengan pesawat delay (Kuala Lumpur - Sana'a), transit 13 jam di Sana'a dan flight delay lagi (Sana'a - Jeddah). Ujian dari Allah. Alhamdulillah kalau tak diuji rasanya entah tahun bila jugalah agaknya saya nak sampai negara Yemen tuh. Kan? :)

Alhamdulillah selamat memasuki tanah suci Mekah lebih kurang jam 10 malam. Syukur sangat Allah sekali lagi menjemput saya dan keluarga ke rumahNya. Gembira. Sayu. Terharu. Nak menangis. Semua perasaan ada.

Tanah suci Mekah dah jauh berbeza. Kali pertama saya sampai dulu (November 2000) belum banyak bangunan tinggi tetapi sekarang keliling Masjidil Haram semuanya bangunan hotel mencakar langit. Kami ditempatkan di Hotel Saraya Ajyad. Kawasan agak berbukit namun tak berapa jauh dari Masjidil Haram.

Memandangkan ini bukan kali pertama ke tanah suci Mekah, maka ayah sendiri yang membawa kami menunaikan umrah (umrah wajib untuk incik asben sebab ini umrahnya yang pertama tetapi umrah sunat untuk kami sebab sebelum ini dah pernah melakukan umrah). Alhamdulillah semua dipermudahkan. Incik asben pun pandai buat sendiri. Berkat Ustaz Zahari datang mengajar beserta praktikal tetengah malam agaknya :)

Masjidil Haram memang agak penuh sesak. Mungkin sebab masa tuh masih musim sejuk di tanah arab. Ditambah pula dengan terdapatnya penambahbaikan di dalam Masjidil Haram. Kami selesai mengerjakan umrah beberapa jam sebelum masuk Subuh waktu tempatan. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar.


Suhu usai Subuh di Masjidil Haram. Sejuk kan? Alhamdulillah cuaca nyaman sangat.

Ok nanti saya sambung lagi...

No comments: