"Do not pray for easy lives but pray to be stronger."
John F. Kennedy

03 April 2017

#chiktakeshighland Edisi April's Fool

Hai awak!

Hujung minggu yang lalu, saya & suami berkesempatan bercuti hujung minggu bersempena ulangtahun suami yang ke-41 yang jatuh pada 1 April 2017. Percutian saat akhir. Maklumlah tiada perancangan langsung untuk pergi bercuti. Google Kundasang, oh jauh sangat & memerlukan belanja yang besar. Google pula Fraser's Hill, kebanyakan penginapan dah penuh. Pilihan terakhir, Genting Highland!

Hampir kesemua penginapan di puncak Genting Highland penuh kecuali untuk First World Hotel. Memandangkan kami pernah menginap di First World Hotel, jadi kali ini kami bercadang untuk mencuba penginapan yang lain.

Tadaaa! Tengok gambar pun dah cantik sangat, kan?

Resorts World™ Genting Awana Hotel.
Sebenarnya ini merupakan kali kedua kami menginap di RWG Awana Hotel. Cuma sebelum ini datang atas urusan kerja, makanya segala perbelanjaan ditanggung. Kali ini semuanya sendirian berhad. Saya membuat tempahan di website Agoda Malaysia & harga yang kami dapat sangat berbaloi; hanya RM211.00++/bilik/malam termasuk sarapan pagi untuk bilik Superior Deluxe.

Susun atur di dalam bilik Superior Deluxe.
Ada dua katil saiz Queen. Empat orang dewasa pun boleh masuk!

Pelan lantai untuk bilik Superior Deluxe.
Luas melampau untuk dua orang sebilik. Puas hati sangat! Kalau yang datang bercuti dengan keluarga, tak perlu susah payah bawa bekalan toto narita bagai; dua katil Queen memang terlebih muat sangatlah.

Tandas ada paip jamban yayyy! Suka betul saya sebab memang setiap kali kalau check-in hotel, tandaslah yang akan saya check dulu; tengok samada jambannya ada paip atau tidak hahaha.

Kami mendapat bilik dengan pemandangan Resorts World™ Genting. Cantik! Waktu malam bolehlah duduk di balkoni bilik hotel sambil layan perasaan tengok lampu-lampu berkilauan di puncak Genting Highland.

Kawasan taman berdekatan kolam renang.
Bolehlah kalau nak pusing-pusing menghirup udara segar.

Rajawali Coffeehouse.
Sarapan pagi di sini. Kalau tak mahu makan tengahari & malam di RWG Awana Hotel, boleh ambil shuttle (percuma) ke Awana Skyway, kemudian naik gondola cari makan di puncak Genting Highland.

Secara keseluruhan, walaupun luaran Resorts World™ Genting Awana Hotel kelihatan agak 'berusia', namun saya sangat sangat sangat berpuashati dengan keselesaan & kemudahan yang ada. Pasti akan datang lagi!
★★★★★

Nota kaki:
Di bawah merupakan harga tiket untuk Awana Skyway:
Gondola Biasa
1. Normal - RM8.00/seorang/sehala
2. Pas Ekspress - RM40.00/seorang/sehala
3. Sewa Khas - RM300.00/sehala

Gondola Berlantai Kaca

1. Normal - RM50.00/seorang/sehala
2. Sewa Khas - RM400.00/sehala

Beroperasi dari jam 7:00 pagi hingga 12:00 malam
& mempunyai 3 stesen:
1. Awana Station (Lower Station)
2. Chin Swee Station (Middle Station)
3. Sky Avenue Station (Upper Station)

P.C. Resorts World™ Genting Awana Hotel

No comments: